SUFI ITU BERJUMPA NABI MUHAMMAD SAW
Ini merujuk kepada hamba-hamba pilihan Allah yang sudah tergilap dan suci bersih hatinya, dicurahi ilmu, hikmah dan Rahsia ketuhanan dan dihantar ke bawah bagi memimpin manusia kepada Uluhiyyah dan Ubudiyyah yang hakiki...
Ghautsul A'zham Sheikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'anhu telah memberi gambaran paling tepat berkenaan Ahli Sufi atau Ahli Tasawwuf, Ahli Ma'rifat, Auliya Allah -
Sufiyah ini dengan kata beliau :
Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi sehingga dia sampai ke maqam di mana dia di anugerahi pandangan kepada Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan..
Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disuci bersihkan batinnya...
Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah salallahu 'alaihi wassalam ...
" Yang menjadi guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi salallahu 'alaihi wasallam dengan Tuhannya ( Ma'rifah, Qurbah dan Mahabbah). Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa dianugerahkan kepada mereka...
Mereka merupakan Pemegang sebahagian daripada kenabian, sdg diri batin mereka selamat di bawah penjagaan Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam." - ( Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar ) "
dan di tempat lain beliau menyebut...
"Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam yang terkenal sebagai ‘golongan Sufi yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam dan berada hampir dengan baginda...
Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam " .
Walaupun banyak tafsiran dan pengertian lain diberikan oleh sekalian Arif Billah yang mulia, namun gambaran yang dihuraikan oleh Ghautsul A'zham Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'anhu memadai dan merangkumi semua pengertian lain...
Jika diamati daripada huraian di atas maka yang disebut Ahli Ma'rifat, Ahli Sufi atau Ahlullah , kita akan dapati mereka itu tidak lain melainkan Mu'min pilihan Allah yang di amanahkan untuk menyambung Risalah Nabi salallahu 'alaihi wasallam di atas muka bumi ini...
Penegasan daripada Syeikh juga memberi isyarat bahawa yang dikehendaki dengan 'Ahli Ma'rifat' atau 'Ahli Sufi' itu adalah orang yang telah tamkin ( tetap hatinya ) dalam Syari'at dan Thoriqah Sufiyyah dan telah diijazahkan oleh Gurunya yang telah menerima Nur Salasilah Nabi salallahu 'alaihi wasallam ...
Dengan demikian salik yang sedang dalam perjalanan dan masih dikuasai 'afat' ( kejahatan ) belum boleh dikatakan 'Ahli Ma'rifat' atau 'Ahli Tasawwuf'
Seluruh perjalanan mereka adalah di atas Al-Qur'an, Kalamullah dan mereka mengambil tafsirnya daripada Hadis Nabi....
Bermula daripada awal perjalanan sebagai salik di bawah pimpinan gurunya sehinggalah beliau diangkat oleh Allah Ta'ala kepada martabat yang tinggi di sisi-Nya, semua ini diikat dengan perintah Allah di dalam Al-Qur'an dan Hadis Nabi...
Sebagaimana kata Sayyid-At-Thariqah As-Sufiyyah Syeikh Junaid Al-Baghdadi Radhiallahu 'anhu :
" Ilmu kami, ahli Tasawwuf diikat dengan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Jika seseorang tidak menghafal Hadis Nabi dan tidak menulisnya di dalam kitab2 dan tidak menghafal Al-Qur'an, dan tidak mahir didalam hukum2 syaria't dan tidak pula 'alim di dalam ahwal perjalanan kerohanian, maka orang itu tidak layak diikuti sebagai pemimpin Ma'rifat ketuhanan. Maka jangan kamu mengambil ilmu daripadanya ...
No comments:
Post a Comment