Sunday, 27 August 2023

 ZIKIR MATA HAYATI CIPTAAN ALLAH 


Zikir Melalui Mata Mengajak Kita Terus Menghayati Ciptaan Allah SWT Supaya Terus Menjadi Manusia Yang Sentiasa Reda Dan Taat Kepada Perintah-Nya Malah Menyebut Dan Memuji Allah SWT Pada Saat Berada Dalam Kesulitan Boleh Meleraikan Kekusutan ..


Firman Allah SWT Yang Bermaksud: Hanya Dengan Mengingati Allah Sahaja Hati Menjadi Tenteram ..


Sifat Allah SWT Yang Maha Pemurah Dan  Memiliki Segala Kehebatan Umpama Senjata Bagi Mengubat Hati-Hati Manusia Yang Tidak Tenteram. Amalan Zikir Bukan Sekadar Ibadah Tetapi Juga Membersihkan Dan Menyucikan Jiwa Mendekatkan Diri Kepada Penciptanya Membuka Hijab Rohani Seterusnya Mencapai Makrifat Terhadap-Nya ..


Zikir Mendidik Hati Manusia Untuk Selalu Mencari Kebaikan Kerana Mengingati Allah SWT Akan Menutup Pintu Syaitan Yang Selalu Mendorong Manusia Berbuat Maksiat dana Kejahatan Hakikatnya Setiap Kejadian Yang Allah SWT Ciptakan Adalah Untuk Kita Berfikir Dan Mengambil Iktibar Betapa Kerdilnya Kita Di Sisi-Nya ..


Oleh Itu Sebagai Hamba Yang Mencari Reda Allah SWT Wajib Bagi Kita Bertindak Dan Mengambil Pendekatan Yang Membolehkan Kita Berada Selalu Dengan-Nya Berzikir Melalui Pandangan Hati Yang Tajam Menjadikan Satu Bentuk Hiburan Kepada Hati Yang Sedang Resah ..


Apabila Kita Memuji Nama Allah SWT Akan Mendatangkan Kebahagiaan Kepada Hati Kerana Perbuatan Itu Tidak lain Mendatangkan Kemuliaan Kepada Diri Sendiri ..


Daripada Abu Sa'id Al-Khudzri Rasulullah SAW Bersabda Tidaklah Sekelompok Orang Duduk Dan Berzikir Kepada Allah Melainkan Mereka Akan Di Kelilingi Malaikat Mendapatkan limpahan Rahmat Diberikan Ketenangan Hati  Dan Allah Pun Akan Memuji Mereka Pada Orang Yang Ada Di Dekat-Nya Riwayat Muslim ..


Makhluk Yang Paling Mulia Dan Bertakwa Kepada Allah SWT Adalah Insan Yang lisannya Selalu Basah Dengan Zikrullah Kerana Orang Yang Dekat Dengan Zikrullah Melalui lisan Dan  Merasa Kekuasaan Allah SWT Melalui Penciptaan Alam Ini Adalah Orang Yang Sangat Beruntung ..


Hatinya Slalu Tunduk Dengan Perintah Allah SWT Dan Merasa Takut Terhadap Kemungkaran bterlaku Inilah Yang Disebut Sebagai Hati-Hati Yang Ditatang Oleh Allah SWT...

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...