Sunday, 27 August 2023

 TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH SWT PADA MANUSIA


<Tafsir Ibnu Kasir>


Allah SWT menyebutkan tentang kurnia-Nya yang telah dilimpahkan kepada hamba-hamba-Nya ketika mereka dikeluarkan daripada perut ibunya dalam keadaan tidak tahu apa-apa. Kemudian setelah itu Allah memberikan rezeki kepada mereka, berupa pendengaran yang dapat menangkap pelbagai suara, penglihatan yang dapat merasai apa sahaja yang dilihat, sera hati, iaitu akal yang menurut pendapat yang sahih pusatnya berada di dalam qalbun (jantung). Sedangkan menurut pendapat yang lain adalah di dalam Ad-dimag (otak). Dengan akal itu, manusia dapat membezakan antara sesuatu yang membahayakan dan bermanfaat. 


Kemampuan dan pancaindera ini diperolehi manusia secara bertahap, iaitu sedikit demi sedikit. Setiap kali bertambah umur, maka bertambahlah (kekuatan) pada pendengaran, penglihatan dan akalnya sehingga sampailah dia pada usia matang dan dewasa.


Sesungguhnya Allah menjadikan kesemua itu dalam diri manusia, agar manusia dapat memanfaatkannya untuk beribadah kepada Allah SWT, lalu dia memohon pertolongan dengan setiap anggota tubuhnya serta kekuatan untuk mentaati Pemberi nikmat kepadanya (Tuhannya). 


Apabila manusia mampu mengikhlaskan diri dalam ketaatan, maka semua perbuatannya itu akan diperuntukkan bagi Allah SWT. Tidak ada yang dia dengar kecuali kerana Allah SWT dan tidak ada yang dilihatnya kecuali kerana Allah SWT, iaitu mengikuti apa yang telah Allah SWT syariatkan padanya. 


Dia tidak bertindak dan melangkah kecuali berada pada ketaatan kepada Allah SWT. Dia memohon pertolongan kepada Allah SWT pada semua hal-hal itu.


Oleh kerananya Allah SWT berfirman, "... dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur... " Hal ini semakna dengan ayat yang lain,  "Katakanlah: "Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi), sedikit sekali kamu bersyukur.  "Katakanlah: "Dialah yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi dan hanya kepada-Nya kamu akan dikumpulkan." 


(Surah al-Mulk, 67: 23- 24).  (Ibnu Kasir, Tasfirul Qur'anil Azimi, jilid 8, 1421 H/2000 M 336- 337)

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...