KAEDAH MENGENAL KEWUJUDAN ALLAH SWT
Bagi Mengenal Kewujudan Allah Swt Seseorang Muslim itu perlu kepada Dalil Aqli dan Dalil Naqli Dalil Aqli adalah dalil yang bersumberkan Akal Manakala Dalil Naqli adalah Dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah Melalui kedua-dua Dalil ini Seseorang itu akan Mengenal Allah Swt Antara Contoh penggunaan kedua-dua Dalil ini adalah Seperti berikut ..
Dalil Naqli
Firman Allah Swt ....
Maksudnya Sesungguhnya pada Kejadian Langit dan Bumi dan pada pertukaran malam dan siang dan pada kapal-kapal yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada Manusia Demikian juga pada Air Hujan yang Allah turunkan dari Langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di Bumi sesudah Matinya serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang Demikian juga pada peredaran Angin dan Awan yang Tunduk kepada kuasa Allah terapung-apung di Antara Langit Dengan Bumi Sesungguhnya pada semuanya itu ada tanda-tanda yang membuktikan keEsaan Allah kekuasaanNya kebijaksanaanNya Dan keluasan rahmatNya Bagi kaum yang mahu menggunakan Akal fikiran ..
Surah al-Baqarah
Dalil Aqli
Bukti Kewujudan Allah Swt adalah kebaharuan Alam Apa yang dimaksudkan Dengan kebaharuan itu adalah Wujud Selepas tidak Wujud Alam pula adalah segala yang Wujud Selain Allah Swt Keluarnya Alam Daripada Tidak Wujud kepada Wujud adalah Bukti Akan Kewujudan Allah Swt Ini kerana Alam pada kondisi ini adalah baharu atau Ciptaan
Ciptaan Tidak dapat Tidak adalah Daripada pencipta Inilah yang dinyatakan Daripada para Nabi bahawa Nama bagi pencipta ini adalah Allah ..
Menurut Syeikh Muhammad Amin al-Syirwani Para Ulama’ Asyairah dan Muktazilah menyatakan bahawa Usaha Mengenali Allah Swt itu Boleh digapai Melalui penilikan yang Sahih Secara adatnya Kerana Boleh Sahaja Allah Swt menciptakan pengetahuan tentang-Nya itu Dalam Hati bagi yang tidak boleh menilik ..
Syeikh Dr. Wahbah Al-Zuhaili menyatakan bahawa tingkatan kejadian Manusia Daripada Air Mani, ‘Alaqah, Mudghah, Izam, lahm adalah dalil Akan Wujud-Nya Pencipta Ini kerana perpindahan dari Satu peringkat ke Satu peringkat itu Mustahil dilakukan Sendiri Oleh Manusia
Manusia juga Tidak Mampu Untuk mencipta Anggota Tubuh Dengan Sendiri Kerana kelemahannya Begitu Juga peringkat Usia Daripada bayi hinggalah menjadi Tua Yang diaturkan Oleh-Nya ..
Kesimpulan..
Perbincangan tentang Kewujudan Allah Swt adalah Topik yang Amat luas sama ada di Dunia Islam mahu pun Barat Apa yang dikupas Dalam Artikel ini Hanya merupakan sejuzuk kecil Daripada khazanah ilmiah yang luas Dalam isu ini Semoga ia dapat memberikan kita Sedikit pemahaman berkenaan Sifat Wujud Allah Swt Memetik riwayat kata-kata yang dinisbahkan Oleh Imam Al-Ghazali kepada Saidina Abu Bakar Al-Siddiq RA ..
Kelemahan Untuk menggapai pengetahuan Dengan mendalam tentang-Nya adalah Tanda Mengenal-Nya ....
No comments:
Post a Comment