Saturday, 26 August 2023

 Siapa mencari Tuhan ..

dia akan dicari Tuhan .. 

Sesiapa yang mencari Selain Tuhan ..

dia tidak akan menemui Tuhan..

Allah Sembunyi di dalam Terang (Rumi) .. 


Jika kamu ingin melihat Allah .. 

Pandanglah Wajah Insan (sifat cantik cebisan debu dari Sifatullah) .. 

Dia Tersenyum padamu (Rumi) .. 


Insan gagal menemui Tuhan .. 

Bukan kerana Tuhan Ghaib ... 

Tetapi Mata Hatinya masih berhijab tebal di dalam "Memandang Wujud-Nya"


_"40 Tahun aku berbicara dengan Allah, Tetapi Manusia menyangka aku berbicara dengan mereka."_ 

(Imam Sufi Junaid Al Baghdady)


Para Wali Wali selepas Imam Junaid saat membaca Kalam Junaid ini, mereka semua Tersenyum .. kerana saling sudah "mengerti" makna di dalam makna .. 


Kita gagal menemui Tuhan, bukan atas kerana Allah Ghaib .. Tetapi atas kerana Allah masih belum sudi untuk memperkenalkan Diri-Nya Kepada diri kita atas kerana maqam iman, maqam hati, maqam akal, maqam Sirr dan maqam Jasad masih belum selari di dalam Kehendak Allah... 


Allah SWT menjauhi dari hati hati yang masih mengusung bangkai bangkai busuk. Maka hendaklah menyucikan terlebih dahulu bangkai bangkai busuk dari Qalbu hati sebelum menjemput Allah mendirikan mahligai istana-Nya di dalam Qalbu Sirr hati... 


Bab ini yang banyak di abaikan oleh Umat zaman ini. Mereka bijak berbicara tentang Al Haq dan tentang Tuhan Tetapi gagal Melihat-Nya Tuhan Maha Tercantik yang tidak pernah tersembunyi buat hati hati yang telah diangkat hijabnya."


Umat zaman ini lebih banyak membicarakan bab Hakikat Tuhan. Tapi tidak ramai yang sudi membicarakan Bab Bab kaedah penyucian hati dan akal. Inilah ruginya menjadi ahli ilmu Tinggi. Tapi daun sampah di Hujung kaki gagal dibuangkan...


Setiap Salik wajib belajar menghina diri serendah rendahnya sebelum ingin mengenal Tuhan. Kerana barang suci tidak sesekali akan ditempatkan di dalam bekas yang kotor....



No comments:

Post a Comment

  How to pray in Islam: Step-by-step guide to solat for beginners Solat is a beautiful act of worship that strengthens the spiritual connect...