Saturday, 26 August 2023

 BERHALA UMAT AKHIR ZAMAN*


"BERHALA DIDALAM DIRI ADALAH HIJAB YANG TERBESAR BAGI SETIAP UMAT AKHIR ZAMAN..."


Rasulullah SAW bersabda;


"Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar." 

(Riwayat Al Hakim)


Di Akhir Zaman hari ini, hampir kesemuanya Umat Islam telah diselimuti oleh "HIJAB" yang menutupi Kudrat dan Iradat Allah SWT...


Perbuatan dan Sifat-Sifat Allah SWT sehinggakan segala-galanya hanya bersandar pada sebab dan asbab kepada makhluk, kepada diri keakuan, kepada oksigen, kepada makanan dan minuman yang semuanya MENGHIJAB Afa'al ALLAH, Asma ALLAH, Sifat-Sifat ALLAH dan jauh daripada merasa Tadbir Dzat Allah Yang Esa. 


Seluruh Umat Islam harini, sehingga hampir kesemuanya Umat Islam telah terkena "FITNAH SYIRIK" tersebut, SYIRIK yang sangat "TERSEMBUNYI" dan merasa benar pula didalam BERTAUHID.


Kewujudan Allah SWT tidak ada lagi didalam kamus kehidupan Umat Islam hari ini. Mereka hanya berinteraksi dengan diri mereka sendiri, sesama manusia dan makhluk yang melata dan alam jagat ini tanpa Kewujudan Allah SWT.


Kita pula telah diajarkan disekolah, bahawa tanpa udara (Oksigen) kita tidak mungkin boleh hidup, tanpa air kita tidak mungkin juga boleh hidup, tanpa makanan manusia tidak dapat bertahan untuk hidup. Maka kita merasa kehidupan ini adalah disebabkan oleh oksigen, air dan makanan semata-mata.


Siapa yang punya Sifat Hayat ???


Yang Asma-Nya, Al-Hayyun... Al-Muhyi...


"SYIRIK KHAFI" adalah penyembahan manusia kepada BERHALA-BERHALA HATI !


Berhala-Berhala yang terzahir dan berada di tokong atau kuil tidak akan sesekali dikunjungi oleh Umat Islam, tetapi "BERHALA HATI" akan menjadi kunjungan Umat Islam setiap waktu dan hari kerana ianya ada didalam dadanya !


Umat Islam yang BERIMAN, tidak akan sesekali sanggup menyembah batu, matahari dan tokong sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Musyrik, tetapi mereka kebanyakannya tidak akan terlepas daripada menyembah BERHALA-BERHALA HATI kerana BERHALA HATI itu ada bersama-sama mereka.


Berhala-Berhala yang ternampak kelihatan pada zahir itu, boleh ditinggalkan supaya tidak akan menyembahnya, tetapi BERHALA HATI pula terlalu sukar untuk ditinggalkan atau diruntuhkan, kecuali  hamba-hamba-Nya yang diberi pertolongan oleh Allah SWT.


Rasulullah SAW bersabda;


أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ


“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)


Sebagaimana yang diterangkan oleh Para Arifin Billah, yang Arif didalam masalah HATI... 


BERHALA HATI boleh berupa ‘Nafs’, iaitu;


Diri sendiri atau duniawi, kekayaan, pangkat, kedudukan, kekuatan, pengaruh, perubatan moden, sains, teknologi, makhluk yang dipuja-puji daripada kalangan wanita, golongan elite atau penguasa-penguasa.


Diri kita inilah sebenar-benarnya Berhala-Berhala yang paling besar dan sukar sekali untuk diruntuhkan !


Inilah hakikatnya Sembahan-Sembahan Hati yang paling lumrah bagi setiap manusia, iaitu;


"Penyembahan kepada nafsu atau diri sendiri..."

  

"Penyembahan kepada duniawi dan perhiasannya..."


"Penyembahan kepada pangkat dan kekayaan..."


"Penyembahan kepada kedudukan dan jawatan..."


"Penyembahan kepada wanita dan maksiat..."


"Penyembahan kepada harta dan kemewahan..."


"Tawakkal kepada kekuatan diri atau kekuatan makhluk..."


"Tawakkal kepada kehebatan sains dan teknologi moden, lagi-lagilah ciptaan dan rekaan orang-orang kafir..."


Inilah "SYIRIK TERSEMBUNYI" yang sangat-sangat sukar untuk dibuang dan dihancurkan, melainkan Umat Islam yang BERIMAN benar-benar BERTAUHID yang HAQ dan BERSERAH DIRI kepada ALLAH SWT...


Puncanya adalah disebabkan membiarkan wabak penyakit yang paling MERBAHAYA sekali didalam Islam, iaitu, "PENYAKIT AL-WAHN" yang telah Beraja didalam hati setiap Umat Islam...


"Hanya Orang-orang BERIMAN (Mukmin / Muhsin) dan yang TERASING sahajalah yang akan TERSELAMAT didalam Perlindungan Allah SWT di Akhir Zaman ini."


Firman Allah SWT;


إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ


Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

(QS. al-Nisa’ : 48)


Rasulullah SAW bersabda;


"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" 

(Riwayat Imam Ahmad)



No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...