🌻Zikir Hari Ahad:🌻
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ
Yaa haiyyu , yaa qoyyum
🔖Maksud : “Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk”
📍Fadhilat : Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai setiap manusia
💌Imam Al-Ghazali menyatakan:
“Siapa yang menginginkan keuntungan, mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari bahaya dan tipu daya musuh, diindahkan tutur katanya dan luas rezekinya, maka bacalah kalimat ini.”
🍁 ⋮ ZikirTime
24 Safat 1445H
10 september 2003
#perkongsian_tazkirah
#IslamForU
☆Tadabbur Kalamullah 24 Safar 1445H☆
هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن یَبۡخَلُۖ وَمَن یَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا یَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِیُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَاۤءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡا۟ یَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا یَكُونُوۤا۟ أَمۡثَـٰلَكُم
"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu" [Surah Muḥammad 38]
#Allah swt mengingatkan kita semua bahawa Dia tidak memerlukan kita ataupun harta kita. Maka apabila Allah swt memerintahkan kita untuk bersedekah di jalanNya, semua itu bukan untuk diriNya tetapi untuk kebaikan diri kita. Segala kebaikan dan manfaat itu akan pulang kepada kita sebenarnya. Maka teramat rugi jika kita tidak menyahut seruan untuk infak dijalan Allah swt.
#Allah swt tidak perlukan kita atau harta kita kerana Allah swt Maha Terkaya. Maksud al-Ghani itu adalah tidak memerlukan. Sebaliknya kita yang memerlukan Allah swt. Memerlukan pertolongan Allah. Kitalah yang berhajat kepada bantuan dari Allah swt. Dan kita juga mengharapkan ganjaran pahala dan keredhaanNya dari infak yang kita keluarkan itu.
#Kemudian Allah swt memberi peringatan yang sangat menakutkan dan menggerunkan jiwa seorang Mukmin iaitu jika kita berpaling dari keimanan, ketaqwaan, tidak mahu menunaikan jihad dan bakhil untuk mengeluarkan harta bagi membantu perjuangan jihad fi sabilillah, maka Allah swt akan gantikan kita dengan umat yang lain.
#Ketahuilah, pergantian itu bukan serta merta, sebaliknya sedikit demi sedikit. Sehinggakan kita tidak perasan pun yang kita sedang ditukar dan diganti dengan umat lain.
#Kalimah يَستَبدِل (yastabdil) yang digunakan menunjukkan ia tidak berlaku sekaligus tetapi secara sedikit demi sedikit, secara perlahan-lahan tanpa sedar berlaku. Jadi ayat ini adalah ayat yang amat menakutkan dan menggerunkan.
#Jangan sesekali memandang remeh atau pandang sebelah mata atau buat tak kisah mengenai amaran dan peringatan Allah swt ini. Allah swt boleh sahaja hendak musnahkan atau lenyapkan kita dalam sekelip mata dan Allah swt sudah beri peringatan di sini.
Bersambung...
♡Takutlah akan ancaman Allah swt. Jangan sesekali melanggari perintahNya, dibimbangi kehancuran datang menimpa dan kita lenyap tanpa nisan, kemudian diganti dengan kaum yang lain♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Riya Itu Syirik Kecil
عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً
Daripada Mahmud bin Labid Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya : apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi saw bersabda : Itulah Riya’. Allah SWT akan befirman pada hari kiamat kelak : pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalam kamu).” HR Ahmad No: 23630. Status: Sanad Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Syirik kecil merupakan perkara yang perlu dijauhi kerana ia menghilangkan segala pahala amal soleh yang dilakukan.
2. Rasulullah SAW bimbang umatnya akan terjerumus dengan Syirik kecil iaitu Riya’.
3. Riya’ adalah perbuatan seseorang menunjukkan amal untuk dilihat, disebut atau disanjung oleh manusia lain. Di hari kiamat nanti, orang yang riya’ dalam beramal akan diminta untuk menuntut ganjaran daripada manusia yang ingin disanjung atau disebut.
4. Riya’ boleh berlaku pada agama, tubuh badan, percakapan mahupun amalan seseorang, contohnya:
a. Riya’ pada agama dan tubuh badan dengan menzahirkan kekurusan dan berpakaian lusuh supaya orang menganggapnya bersungguh melakukan ibadah serta seakan-akan dia bersedia menghadapi hari akhirat
b. Riya’ pada percakapan dengan memberi nasihat dan peringatan dengan niat menzahirkan keprihatinan terhadap hal ehwal orang Islam ataupun berzikir kuat di hadapan orang ramai.
c. Riya’ pada amalan seperti menzahirkan qiam dan ruku’ yang lama ketika bersolat di hadapan orang ramai.
5. Abu Umamah al-Bahili ketika melihat orang yang menangis dalam sujud di masjid beliau berkata :”Hai kamu, alangkah baiknya (jika menangis) di rumah.”
6. Berusahalah melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan bermujahadah melawan sifat riya’ yang datang dalam diri. Jika ibadah tersebut ada pilihan, maka lebih baik dilakukan secara sembunyi seperti bersedekah tidak secara terang-terangan.
7. Berdoalah agar dijauhi perbuatan syirik.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku sedari. Dan, aku memohon ampun kepada-Mu atas dosa-dosa yang tidak aku ketahui.
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.
"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
10hb September 2023
24hb Safar 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
بِسْــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْــم
Ya Allah...
Jadikanlah AWAL hari ini
dibuka pintu KETAKWAAN,
pintu KEBERKATAN
di PERTENGAHAN hari ini di PERMUDAHKAN
segala URUSAN
dgn KESABARAN, KE'AFIATAN
dan KEKUATAN.....dan
AKHIRI hari ini dgn penuh KEJAYAAN,
KERAHMATAN dan KEBAIKAN....
Yْa Allah, ampunkan dosa2 kami , kedua ibubapa & ahli keluarga kami , masukkan kami ke dalam syurgaMu tanpa hisab dan bantulah saudara kami yang ditimpa musibah, hindari kami daripada wabak penyakit,kesulitannya, kejahatannya serta segala dugaan yang nyata dan yang tersembunyi,* khususnya bagi diri kami,keluarga kami, sahabat kami, negeri dan negara kami.
Ya Rahman..Ya Rahim..,Kami pohonkan bagi mereka yg sakit , berikan lah kesembuhan , sementara yang meninggal dunia, tempatkan roh mereka bersama roh para Nabi , sidiqqin, syuhada' dan solihin..
آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ
Kredit :
perkongsian sahabat maya
#IslamForU 🌷☝️
Hijab dan akhlak itu dua hal yang berbeda
Hijab adalah suatu kewajiban layaknya sholat 5 waktu, puasa, dan zakat, tidak memandang orang itu baik atau buruk | Namun akhlak merupakan perangai/perilaku seseorang yang bergantung sekali dengan keadaan hati (iman). Sedangkan iman manusia itu naik turun (tdk stabil), bergantung pada ketaatan dan kemaksiatan yang ia lakukan.
Apabila ada orang yang memperdebatkan hijab dengan akhlak, sesungguhnya hijab itu wajib, dan akhlak itu dibentuk seumur hidup | Karna sejatinya, hidup merupakan proses belajar.
Jika ada yang berhijab namun belum berakhlak mulia, bukan hijabnya yang salah, namun akhlaklah yang perlu dibenahi | Bukan benahi hati dulu baru berhijab, namun berhijablah maka secara tidak langsung hatimu pun terbenahi.
Bukankah berhijab merupakan langkah awal dari akhlak mulia? Bukankah dengan berhijab secara otomatis akan ‘menjaga’ kita dari hal-hal yg dibenci-Nya?
Bukankah dengan berhijab itu brrt kita menyelamatkan orang lain, diri kita serta keluarga dari siksa api neraka?
Dan bukankah dengan berhijab, Allah lah yang akan menyeleksi orang-orang baik untuk bersama kita?
Semua inti keistiqomahan dalam melaksanakan ketaatan (ibadah) itu terletak pada niat dan didukung oleh lingkungan | Di saat kau ingin hijrah di jalan-Nya dengan berharap ridha-Nya semata, bersamaan dengan ikhtiar dan doa, in syaa Allah semua proses hijrahmu yg mungkin kadangkala diterpa ujian, akan terjalani dengan baik.
Hijrah memang butuh proses dan Proses butuh waktu. Maka, lakukanlah sekarang sebelum waktu itu habis! “Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi” (QS.Al-Fajr:14)
.
. “Wanita berhijab itu belum tentu sholehah, tapi wanita sholehah pasti berhijab. Oleh karna itu kita harus menjadi wanita sholehah. Kita sama-sama hijab fisik dulu, kemudian kondisikan hati pelan-pelan”. - Oki Setiana Dewi -
Bukankah, “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah”-HR.Muslim
So, Let’s move on together and recharge our iman everytime, everywhere! ^^ .
.
Silakan SHARE jika dirasa bermanfaat.....
#tazkirah_agama
#IslamForU 🌷☝️
DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR.
NORHAFIZAH MUSA
*SEMAK HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH S.W.T.*
Jika jiwa rasa kosong, rasa hidup sunyi walaupun ada orang yang kita sayang di sisi, masih ada anak-anak tengah riuh rendah kat rumah depan mata kita..
Semak hubungan kita dengan ALLAH S.W.T pada perihal berikut :
1.Solat awal waktu? Jika selalu lengahkan solat, ubah.Solat awal waktu.
2.Lepas solat ambil masa zikir dan berdoa? Jika selalu terus tergesa-gesa bangun, ubah.Berzikirlah sekurang-kurangnya Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar 33x dan berdoalah dalam hati.
3.Bila kali terakhir kita membaca Al-Quran? Jika dah lama tak baca, ubah.Bacalah walaupun sehelai mukasurat sehari.Dan tambahlah sehelai muka surat setiap kali lepas solat.
4. Ada pernah niat dan cuba bangun untuk solat tahajjud? Jika tak pernah, ubah.Malam ni sebelum tidur niat nak bangun tahajjud.
Bermohonlah pada ALLAH S.W.T bantu kejutkan.Solatlah walau dalam keadaan terhuyung hayang.
5. Ada pernah cuba puasa sunat? Jika tak pernah,ubah.Esok hari Khamis.Jom puasa.
6.Bila kali terakhir kita mendengar ceramah agama?
Jika dah lama tak dengar,ubah. Cari masa dengar ceramah. Contohnya masa sedang memasak.
Daripada kita mendengar lagu, cubalah buka ceramah di u tube.
Ada baaaaaanyak.
Dengarlah sambil memasak.
Renung - renungkan.
Ingatan buat diri sendiri.
Semuga bermanfaat.
Allahumma Salli'ala Sayyidina Muhammad Wa ‘ala Aalihi Wasahbihi Wasallim.
Bi Iznillah.Fi Amanillah.Allahul Musta'an.Insya Allah.
Aamiin.
🐇🐇🐇🐇🐇🐇🐇🐇
Kredit :
perkongsian sahabat maya
#IslamForU 🌷☝️
No comments:
Post a Comment