Sunday, 10 September 2023

 🌷Zikir Hari Isnin:🌷


لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم 


Laa haula wala quwwata illaa billa hil aliyyil'azim


🔖Maksud:“Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.


📍Fadhilat: Satu kalimah disebut akan diberikan  ganjaran pahala sebesar bukit uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.


💌Rasulullah SAW bersabda tentang anjuran membaca kalimat tersebut 


“Mahukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga? Maka sahabat menjawap, Tentu wahai Rasulullah; Rasulullah menjelaskan, 'Bacalah Laa haula wala quwwata illaa billa.' ”

(Hadis Riwayat Muslim)


🍁 ⋮ #ZIKIRHARIAN

25 Safar 1445H

11 september 2003


#tazkirah_agama 

#IslamForU



MUTIARA DARI KITAB LAMA

 

Barangsiapa yang meninggalkan CAKAP yang berlebih-lebihan. 

Maka di anugerahi kepada diri nya KEBIJAKSANAAN. 

 

Barangsiapa yang meninggalkan PANDANGAN yang berlebih-lebihan. 

Maka di anugerahi dalam hati nya KEKHUSYUKAN. 

 

Barangsiapa yang meninggalkan MEMAKAN yang berlebih-lebihan. 

Maka di anugerahi kepada tubuh badan nya lazat berbuat AMALAN. 

 

Barangsiapa yang meninggalkan KETAWA yang berlebih-lebihan. 

Maka di anugerahi kepada nya kehebatan KEWIBAWAAN. 

 

Barangsiapa yang meninggalkan banyak SENDA GURAU berlebih-lebihan. 

Maka di anugerahi dalam akhlaqnya keindahan KESOPANAN. 

 

Barangsiapa yang meninggalkan CINTA kepada dunia berlebih-lebihan. 

Maka di anugerahi di dalam hati nya cinta kasih kepada HARI KEMUDIAN. 

 

Barangsiapa yang meninggalkan mencari KEBURUKAN orang berlebih-lebihan. 

Maka di anugerahi kepada nya kesibukan membaiki segala KESALAHAN.


Aamiin Ya Allah Ya Mujib

#tazkirah2 

#IslamForU





☆Tadabbur Kalamullah 25 Safar 1445H☆


هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن یَبۡخَلُۖ وَمَن یَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا یَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِیُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَاۤءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡا۟ یَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا یَكُونُوۤا۟ أَمۡثَـٰلَكُم 


"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu" [Surah Muḥammad 38]


#Dipenghujung ayat Allah swt menyatakan bahawa Allah swt boleh ganti kita dengan kaum atau bangsa yang lain. Boleh jadi kaum yang tidak bercakap menggunakan bahasa kita, warna kulit lain dari kita, rambut juga lain dari kita. 


#Dan yang lebih utama, Allah mengatakan sikap mereka tidak sama macam sikap kita. Kita sibuk tenggelam dengan dunia, karam dengan hasutan nafsu sehingga malas untuk jihad dan bakhil untuk menginfaqkan harta di jalan Allah. Tetapi kaum atau bangsa baru yang menggantikan kita itu rajin menjalankan gerak kerja jihad fi sabilillah dan pemurah dalam mendermakan harta di jalan Allah.


#Tertulis dalam sejarah, kerajaan Islam Abbasiyah telah ditakluk oleh bangsa Tartar. Bangsa Tartar pada waktu itu terdiri daripada tentera orang kafir dan mereka menyerang negara Islam dan menakluknya. Yang menariknya, bangsa Tartar telah menakluk negara Islam namun tidak lama selepas itu dari keturunan mereka inilah timbulnya kerajaan Islam yang lain. Ini kerana mereka akhirnya telah memeluk Islam. Merekalah kemudiannya yang menjadi pendukung agama Islam dan bukan lagi kaum yang asal.


#Oleh yang demikian, jangan sesekali kita merasakan kaum atau bangsa kita ini sangat istimewa, hingga Allah swt tidak akan menukar kita dengan bangsa yang lain yang akan mempertahankan Islam. Saat ini, kita boleh lihat bagaimana sedikit demi sedikit bangsa-bangsa yang kita tidak sangka pun mereka itu mahu menerima Islam tetapi mereka menjumpai keindahan Islam dan mereka memeluk Islam kemudian berpegang dengan Islam lebih kuat dan istiqamah dibandingkan dengan kita yang hanya menerima Islam ini dari ibu bapa kita sahaja.


#Sebahagian besar dikalangan muallaf yang baru memeluk Islam lebih berilmu daripada kita. Lebih fasih bacaan al-Qurannya daripada kaum asal. Lebih memahami agama dan lebih kuat jihad dan infaq mereka. Jika kita tidak lagi teguh berjuang mendaulatkan Islam dan memahamkannya kepada orang lain, maka kita akan diganti dengan kaum yang lain.


♡Bersatulah wahai umat Islam dan berjuanglah demi mendaulat dan mempertahankan Islam serta ringankan tangan untuk infaq di jalan Allah swt. Moga Allah sentiasa memelihara dan mempertahankan iman kita. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Agama Itu Nasihat


عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ   وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ  قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ


Daripada Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary RA, bahawasanya Nabi SAW  bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Untuk siapa (nasihat itu)?”. Baginda menjawab, “Nasihat itu adalah untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin dan seluruh muslimin (rakyatnya)”. (HR Muslim No: 50) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Agama ini terletak pada  nasihat menasihati kerana dengan nasihat akan menjadikan seseorang menunaikan hak-hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.


2.  Ibnu Mubarak pernah ditanya : Amal apakah yang paling utama? Beliau menjawab: Memberi nasihat kerana Allah.  


3.  Nasihat untuk Allah bermaksud beriman kepada Allah dengan mentauhidkan Allah, menunaikan hak-hak Allah sama ada hak yang wajib mahupun yang sunat. Ikhlas dalam beramal, menjauhi maksiat dan berjihad dijalanNya.


4.  Nasihat untuk kitab-Nya bermaksud menunaikan hak Al-Quran: hak untuk dipelajari, dibaca, dijadikan sebagai petunjuk dan hidayah dengan membenarkan beritanya dan melaksanakan perintahnya.


5.  Nasihat untuk Rasul bermaksud dengan cara membenarkan ajarannya, mengimani semua yang dibawa, mencintai dan mencontohi akhlaknya, berselawat serta menghidupkan sunnahnya, mentaati perintah dan larangannya, melawan para musuhnya, membela para pengikutnya, menghormati hak-haknya, memuliakannya, mengikuti seruannya juga menyebarluaskan sunahnya.


6.  Nasihat untuk imam kaum muslimin dengan cara menolong dan mentaati pemimpin dan pemerintah  dalam perkara kebenaran dan keadilan, patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan, menegur dan mengingati mereka dikala mereka lalai dari kewajipan dengan penuh hikmah. 


7.  Nasihat untuk kaum Muslimin dengan memberikan bimbingan kepada mereka apa yang dapat memberikan kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat, memimpin mereka, memberikan bantuan kepada mereka, menutup aib dan cacat mereka, menghindarkan diri dari hal-hal yang membahayakan dan mengusahakan kebaikan bagi mereka, menyuruh mereka berbuat makruf dan mencegah mereka berbuat kemungkaran. Mengasihi mereka, memuliakan yang tua dan menyayangi yang muda, memberikan nasihat kepada mereka, menjauhi kebencian dan kedengkian, melindungi harta dan kehormatan mereka baik dengan ucapan mahupun perbuatan.


Semoga agama menjadi penasihat dan peringatan kepada kita untuk saling nasihat menasihati, ingat mengingati agar menjadi Muslim yang menunaikan hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.


Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.


"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


11hb September 2023

25hb Safar 1445H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram





Dengan nama الله yang maha pengasih lagi maha penyayang.


Aku memohon kepada Mu Ya اَللّهُ، permudahkanlah urusan kami hari ini، muliakan & lapangkanlah kehidupan kami, bahagiakanlah keluarga kami, dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang engkau ciptakan.


Kabulkan cita-cita kami, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar. Jauhkan kami dari segala musibah. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan guru-guru kami، serta kaum muslimin & muslimat keseluruhannya.


Ya الله , sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami. Ya الله , tutupilah aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang dan tenteramkan kami dari rasa takut.

Terimalah semua amal ibadah kami, dan kelak jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.


 وصل الله  َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله وصحبه وسلم والحمدلله رب العلمين. 

آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَالَمِيْن


@kitabdoa 📚📚📚



HIDUP ADALAH UJIAN


Orang miskin diuji dengan kekurangan.

Orang kaya diuji dengan kelebihan.


Orang gagal diuji dengan rasa kecewa.

Orang berjaya diuji dengan rasa bongkak.


Orang sakit diuji dengan derita.

Orang sihat diuji dengan kehebatan.


Orang bujang diuji dengan kesepian.

Orang berpasangan diuji dengan perselisihan.


Orang hodoh diuji dengan kejian.

Orang cantik diuji dengan pujian.


Orang bodoh diuji dengan rasa rendah diri

Orang pandai diuji dengan rasa bangga


MAKA..


Ketika diri berada di atas.

Jangan lupa diri memandang ke bawah.


Ketika diri bila di bawah.

Jangan lupa diri mendongak ke atas.


Sesungguhnya di dunia ini kita sentiasa diuji dengan pelbagai jenis ujian.


Moga kita diberi petunjuk serta jalan agar dapat kita lalui ujian ini dan terus berada di landasan yang benar.


Aamiin 🤲

#kongsiilmu 

#IslamForU



[Jom Selawat]


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞


Semoga kita semua mendapat syafaat daripada baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak,aamiin🤲🏻✨


#IslamForU




Tidak Peduli Makanan Halal Atau Haram

=====

1. Rasulullah pernah mengingatkan kita mengenai sebuah fenomena yang akan melanda pada umat ini iaitu mereka tidak lagi mempedulikan perkara halal atau haram. Sabda Rasulullah:


يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ، أَمِنَ الحَلاَلِ أَمْ مِنَ الحَرَامِ


“Akan datang satu zaman nanti, seorang lelaki tidak mempedulikan dari mana sumber (makanan) yang diambil, apakah dari halal atau perkara yang haram.” (HR al-Bukhari) 


2. Sehinggakan ada sebahagian kita yang sudah tidak sensitif dengan sumber makanannya sedangkan isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata al-Imam Ahmad:


أما علمت أن الأكل من الدين قدمه الله تعالى على العمل الصالح فقال: "كلوا من الطيبات واعملوا صالحاً


“Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: “Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh.” (Ihya Ulumuddin)


3. Berhati-hati dalam menyuapkan makanan yang menjadi darah daging kita. Seorang Tabi’i yang masyhur Yusuf ibn Asbat pernah memberikan perumpamaan yang menarik berkenaan penjagaan makanan ini. Kata beliau:


إذا تعبد الشاب يقول إبليس: انظروا من أين مطعمه؟ فإن كان مطعمه مطعم سوء، قال: دَعُوه، لا تَشتغلوا به، دَعُوه يجتهد ويَنْصَب، فقد كفاكم نفسَه


“Sekiranya seorang pemuda sibuk beribadah, maka Iblis akan berkata: “Cuba perhatikan apa yang dia makan? Sekiranya dia makan dari makanan yang jahat (kotor), maka tidak perlu kita ganggu dia. Biarlah dia beribadah (dan dalam badannya penuh dengan makanan kotor), kerana makanan yang kotor itu telah memadai buat kita.” (al-Bayhaqi, al-Zuhd al-Kabir)


4. Lihatlah perumpamaan yang diberikan oleh Yusuf ibn Asbat ini. Sehinggakan Iblis pun tidak mengganggu hamba yang sibuk beribadah sekiranya makanan mereka kotor kerana makanan yang tidak baik itu telah cukup merosakkan Muslim, luar dan dalam.


5. Oleh itu jagalah sumber makanan kita. Makanan yang tidak halal boleh menjejaskan urusan doa kita kepada Allah bahkan dibimbangi kita telah menyuapkan sesuatu yang boleh merosakkan jiwa anak-anak kita. 


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi





💥 PENYAKIT HATI YANG TERSEMBUNYI 💥



___✒️ Ustadz Abu Yahya Badrusalam Lc,  حفظه الله تعالى


Ibnu Rojab rohimahullah berkata:


إنَّ خاتمة السوء،

‏ تكون بسبب دسيسة باطنة للعبد،

‏لا يطَّلع عليها الناس


“Sesungguhnya suul khotimah disebabkan oleh penyakit yang ada di batin seorang hamba yang tidak diketahui oleh manusia..”


(Jami’ul Ulum wal Hikam 1/57)


📌   Terkadang..

Seseorang terlihat soleh di hadapan manusia..

Namun saat sendiri ia memaksiati Allah..


📌   Terkadang..

Seseorang menampilkan amalnya kepada manusia..

Sehingga manusia memujinya..

Sementara hatinya riya berharap pujian manusia..


📌   Ada lagi orang yang ikhlas saat beramal..

Namun tertimpa ujub dan sombong setelah beramal..


📌    Ada lagi yang tertipu dengan banyaknya amal yang ia lakukan..

Lalu ia memandang remeh maksiat dan melakukannya..


📌   Ternyata ajalnya menjemput saat ia bermaksiat..

Itu semua penyakit batin yang membinasakan..


#selfreminder

#cp

#IslamForU 

Share, yuk! Semoga saudara² kita mendapatkan faidah ilmu dari yang anda bagikan dan menjadi pembuka amal² kebaikan bagi anda yang telah menunjukkan kebaikan. آمِينَ.

                                          

     

               ------💐🕋💐------

                           

. Assalamualaikum semua


*Muhasabah Malam Ini*


*Dua jenis kejayaan di dunia dan akhirat adalah, kita bersabar melakukan sesuatu yang dicintai Allah sekalipun kita tidak menyukainya,*


*Dan membenci sesuatu yang dibenci oleh Allah sekalipun kita menyukainya.*


▪️Selamat Malam 🌛

▪️Salam Kemaafan 🤝🏽

▪️Solat Isyak Berjemaah dan Witir

▪️Baca Al Mulk, As Sajadah, Al Kahf Sebelum tidur 📖

▪️Niat Nak Bangun Tahajud 🧎🏽

▪️Baca Quran Sebelum solat Suboh 📖

▪️Solat sunat Qabliyah Suboh/Fajar

▪️Solat Suboh Berjemaah Di 🕌


#cp

#IslamForU







No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...