Tuesday, 17 October 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 2 Rabiul Akhir 1445H☆


سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ 


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah al-Israʾ 1]


#Terdapat beberapa riwayat tentang hubungan Nabi Muhammad saw, para sahabat dan pejuang silam dengan bumi Palestin:


#Sebagaimana umum mengetahui, ketika Rasulullah saw melakukan Israk, Baginda saw ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama Baginda berhenti setelah berangkat dari Makkah sebelum menuju ke langit, dan Baginda menjadi imam solat kepada para Nabi dan Rasul di Masjidil Aqsa di Palestin.


#Sayidina Abu Zar r.a bertanya kepada Rasulullah saw: Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab: “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab: “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi: “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab yang bermaksud: “Empat puluh tahun.” Kemudian Baginda bersabda yang bermaksud: “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”


#Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi berperang di bumi Syam (Palestin), meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah Arab.


#Di zaman keemasan penaklukan Islam di masa pemerintahan Sayidina Umar al-Faruq r.a, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali Palestin. Sayidina Umar r.a pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.


#Bumi Palestin dibuka sekali lagi selepas zaman Sayidina Umar oleh Panglima Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 Hijrah, hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rejab. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya. 


... Bersambung... 


♡Semoga urusan para pejuang dan umat Islam mempertahan bumi suci ini dipermudahkan oleh Allah swt. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah








PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Kelebihan Solat di Masjidil Aqsa


عن أبي ذر – رضي الله عنه - قال: تذاكرنا ونحن عند رسول الله – صلى الله عليه وسلّم - : أيهما أفضل؛ أمسجد رسول الله – صلى الله عليه وسلّم - أم بيت المقدس ؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلّم - :   ( صلاة في مسجدي أفضل من أربع صلوات فيه ، ولنعم المصلى هو، وليوشكن لأن يكون للرجل مثل شطن فرسه من الأرض حيث يرى منه بيت المقدس خير له من الدنيا جميعاً ) .أو قال: ( خير له من الدنيا وما فيها )


Daripada Abu Dzar RA berkata: “Kami pernah berbincang-bincang ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW tentang mana yang paling utama antara kedua masjid; Masjid Rasulullah SAW (Masjid Nabawi) atau Masjid Baitul Maqdis? Rasulullah SAW bersabda, “Solat di masjidku lebih utama empat kali berbanding solat di Masjid Baitul Maqdis, itulah sebaik-baik orang yang solat. Akan ada suatu masa seorang lelaki tidak memiliki sekadar tali busur panahnya pun daripada sebidang tanah namun dia melihat bahawa Baitul Maqdis lebih baik baginya berbanding seluruh dunia.” Dalam riwayat yang lain, “lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Dikeluarkan oleh Al-Hakim: 8618, dan ia hadis sahih)


Pengajaran:


1.  Kelebihan solat di Masjid Nabawi empat kali ganda solat berbanding solat di Masjid Aqsa (sekali solat di masjid Nabawi menyamai 250 kali solat di masjid Aqsa serta 1000 kali solat di masjid yang lain) kecuali di Masjidil Haram.


2.  Masjid Baitul Maqdis amat bererti kepada umat Islam. Para sahabat amat mengambil berat terhadapnya. Kelebihan berdamping dengan Baitul Maqdis dan melihatnya walaupun dari jauh, itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.


3.  Masjid Baitul Maqdis serta keberkatan tanah di sekelilingnya perlu dinaungi dan amat digalakkan umat Islam untuk berusaha memilikinya (bersungguh-sungguh) dengan memperjuangkan kemerdekaan Baitul Maqdis.


4.  Memastikan Masjidil Aqsa kekal berada dalam penjagaan umat Islam secara umum dan dalam tangan pemerintah umat Islam secara khusus. Palestin Sentiasa Dihati Kita.


5.  Memberikan kesedaran kepada umat Islam agar prihatin terhadap tanggungjawab kepada Baitul Maqdis, menjaga, mempertahankan tanah suci serta penduduk sekitarnya, berusaha mendedahkan perancangan jahat musuh yang menghalau penduduk asal serta usaha  membina Haikal Yahudi di tempatnya.


6.  Wajib bagi negara Islam dan negara umat Islam, pertubuhan-pertubuhan Islam untuk mengambil tanggungjawab membebaskan Masjid Aqsa dari dijajah musuh serta menjaga Baitul Maqdis serta sekitarnya.


Ayuh bersama membantu saudara Muslim di Gaza melalui MyCARE. Salurkan sumbangan anda di:


http://mycare.qrd.by/palestinjhr


#PalestinDiHati

#BangunkanJiwamu

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


18hb Okt  2023

03hb Rabiul Akhir 1445H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram










بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


*Nasihat Almarhum Syekh Ali Jaber*


💐💐💐

1. Jangan tinggalkan Ayat Kursi setelah salat 5 waktu, maka jarak surga dan kita hanyalah kematian.


2. Banyakin salawat kepada Baginda Rasulullah pada hari Jumat melebihi zikir lain.


3. Membaca 10 kali QS. Al-Ikhlas setiap hari, Allah akan membangunkan istana megah untuk kita di Surga.



4. Sedekah subuh setiap hari, Allah akan memudahkan urusan dan menambah rezeki.



5. Membaca QS. Al-Mulk setiap malam sebelum tidur, akan menjadi penghalang dari siksa kubur.


6. Membaca dan mencintai Al-Qur'an


7. Jangan sekali-kali tinggalkan salat meski dosa kita banyak.


8. Jika malas mengerjakan sunnah-sunnah Nabi, minimal jangan tinggalkan qobliyah subuh, pahalanya lebih besar dari dunia dan seisinya


#cahayakehidupan

#IslamForU






No comments:

Post a Comment

 [26/7/25, 21:35:14] KSC Hamidi: (A'uzubi izzatillah wakudratihi min syarrima Ajidu waa u'haadzir) [26/7/25, 21:35:47] KSC Hamidi: (...