☆Tadabbur Kalamullah 3 Rabiul Akhir 1445H☆
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah al-Israʾ 1]
#Baitul Maqdia mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam kerana menjadi destinasi antara peristiwa terbesar dalam sirah Nabi Muhammad saw, iaitu Israk dan Mikraj sebagaimana yang dirakamkan dalam al-Quran.
#Antara persoalan yang boleh dibahaskan adalah mengapa Allah swt memilih Masjidil Aqsa (di Baitul Maqdis) sebelum dibawa ke Sidratul Muntaha? Mengapakah Allah swt tidak mengangkat perjalanan Baginda terus ke Sidratul Muntaha dari Mekah?. Pastinya Allah swt Maha Berkuasa sekiranya ingin memperjalankan Nabi Muhammad saw terus ke Sidratul Muntaha kerana ia termasuk dalam kekuasaanNya.
#Namun, peristiwa Israk Mikraj menyaksikan Masjidil Aqsa menjadi destinasi perantara antara perjalanan dunia (atas muka bumi) dengan perjalanan seterusnya (ke langit) menuju Sidratul Muntaha sebagai jemputan kepada Nabi Muhammad saw bertemu Allah swt. Jelas, Masjidil Aqsa dimuliakan sebagai tempat perantara perjalanan Israk Mikraj.
#Kesempatan Nabi saw singgah di Masjidil Aqsa, menguatkan lagi status Baitulmaqdis sebagai tanah pernah dijejaki nabi dan rasul, sekali gus penuh dengan keberkatan. Keberkatan itu diperjelaskan dalam ayat pertama surah al-Isra’ yang juga dapat difahami barakahnya Masjidil Aqsa bukan semata-mata untuk masjid terbabit sahaja, sebaliknya melebar ke sekelilingnya.
#Para ulamak tafsir ketika menjelaskan keberkatan itu menyatakan ia boleh dilihat daripada perspektif fizikal dan spiritual. Secara fizikal, ia boleh dilihat kesuburan tanahnya hingga menjadi tempat pohon yang disebut dalam al-Quran seperti pohon tin dan zaitun yang subur suatu ketika dulu wilayah terbabit dirampas Zionis yang menubuhkan Israel.
#Aspek spiritual pula menyaksikan tempat perjalanan menuju Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah swt bermula dan tempat persinggahan setelah pertemuan berkenaan selesai sebelum Rasulullah saw meneruskan perjalanan pulang ke Makkah. Kewujudan hubungan secara spiritual tidak dapat disangkal sesiapa, apatah lagi statusnya sebagai kiblat pertama umat Islam setelah Baginda menerima perintah mendirikan solat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
... Bersambung...
♡Menjadi kewajipan kepada semua untuk memahami peristiwa Israk Mikraj sebaiknya. Ia bukan semata-mata mengambil pengajaran daripada peristiwa dilalui Rasulullah saw, sebaliknya turut memahami Baitulmaqdis mendapat kedudukan istimewa berasaskan persinggahan Baginda saw tersebut♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Membantu Keperluan Mujahid Mendapat Ganjaran
عن زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه: مَنْ جَهَّز غَازِياً فِي سَبِيلِ الله فَقَد غَزَا، وَمَنْ خَلَّف غَازِياً في أهلِه بخَير فقَد غزَا
Daripada Zaid bin Khālid Al-Juhani RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mempersiapkan keperluan orang yang berperang pada jalan Allah, maka dia dianggap telah ikut berperang. Dan barangsiapa yang menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik maka dia dianggap telah ikut berperang." (HR Bukhari No: 2843) Status Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Orang yang membantu mempersiapkan keperluan bagi orang yang berjihad di jalan Allah seperti menyediakan kenderaan, senjata serta barang keperluannya maka ia akan mendapat pahala seperti orang yang berjihad. Imam Nawawi Rahimahullah menyatakan, orang tersebut mendapat pahala dengan sebab perang.
2. Orang yang membantu menjaga kebajikan ahli keluarga para mujahid seperti memenuhi keperluan mereka, membantu hal ehwal urusan keluarga mereka, juga akan mendapat pahala seolah-olah mereka turut pergi berperang.
3. Gaza telah dikepung dari darat, laut dan udara sejak 16 tahun yang lalu dan ia merupakan penjara terbuka yang terbesar di dunia malah sentiasa diserang tentera rejim apartheid Israel. Usahakan apa sahaja bantuan yang kita mampu termasuk peperangan media, bersolidariti dengan rakyat Palestin seperti demo, surat bantahan, bantuan kewangan dan sebagainya. Moga ia menjadi sebahagian daripada jihad kita.
4. Orang yang menolong orang lain dalam ketaatan kepada Allah, maka baginya pahala seperti pahala orang tersebut. Jika memberi bantuan kepada penuntut ilmu dalam membelikan buku-buku untuknya, membayar yuran pengajiannya, membiayai keperluannya, maka baginya pahala seperti pahala penuntut ilmu tersebut tanpa mengurangi sedikit pun pahala penuntut ilmu tersebut.
5. Marilah kita membantu saudara Muslim kita di Gaza dengan segala kemampuan yang kita ada. Salurkan sumbangan anda melalui MyCARE melalui link di bawah: http://mycare.qrd.by/palestinjhr
#PalestinDiHati
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
19hb Okt 2023
04hb Rabiul Akhir 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
JIWA TARBAWI 876
Untuk sempurna ketaatan kepada Allah ta’ala , ianya mestilah dijadikan perjuangan. Dalam perkataan lain, mestilah ada JIHAD untuk melakukan ketaatan.
Menuntut ilmu satu jihad.
Menegak dan mendiri solat satu jihad.
Mengimarahkan masjid satu jihad.
Menyubur dan menjaga ukhuwwah satu jihad.
Mendidik dan mengasuh anak-anak untuk jadi soleh dan solehah adalah satu jihad.
Berdakwah dan amar makruf nahi mungkar adalah jihad.
Menegakkan peraturan dan undang-undang satu jihad.
Berperang fi sabilillah adalah satu jihad.
Semuanya itu perlukan jihad yakni kesungguhan dan bersusah payah untuk melakukannya.
Kerana asasnya adalah jihad terhadap nafsu.
وَالْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي طَاعَةِ اللهِ ،(ورواه الترمذي,1621)
Seorang mujahid (pejuang) itu ialah seorang yang berjihad terhadap nafsunya pada mentaati Allah .
(HR Tirmizi, 1621)
Bila berjuang bersungguh-sungguh dan bersusah payah untuk menjadi hamba Allah yang taat, nescaya Allah ta’ala akan membuka jalan-jalan yang lebih luas untuk dapat dilihat hasil dan natijah kesempurnaan taat.
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
﴿العنكبوت: ٦٩﴾
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (69)
(Al Ankabut: 69)
Justeru, letakkan hidupmu dalam jihad. Kerana umat Islam adalah umat pejuang.
ABi
Assalamualaikum & slmt pg😊
Imam syahid Hassan_Al-Banna berkata mengenai Palestin :
Wahai umat Islam di seluruh pelusuk dunia :
Palestin adalah barisan pertahanan dan serangan pertama bagi umat islam daripada pertempuran buat masa kini.
Sekarang mujahidin di sana membela masa depan negara kamu, diri kamu, dan keturunan kamu. Ianya sebagaimana mereka membela diri dan keturunan mereka.
Isu Palestin ini bukan isu negara timur, bukan juga isu bangsa Arab sahaja. Akan tetapi, ia adalah isu Islam dan umat Islam keseluruhannya. Dan tidak ada tempat untuk membuktikan hak orang Arab di dalamnya dan ia juga tidak ada tempat untuk menjelaskan melainkan hak umat Islam sahaja.
Tugas sekarang adalah bukan untuk bercakap kosong lagi. Akan tetapi saat ini adalah masa untuk bertindak...
*Bantah pada normalisasi Israel dalam setiap cara. Teruskan MEMBOIKOT terhadap negara yang menentang perjuangan Islam, tanpa mengira kewarganegaraan atau latar belakang mereka.*
*Berikan sumbangan wang anda kepada rakyat Palestin yang sedang susah, rumah yang hancur, dan mujahidin yang sedang bertempur di medan perang*
Sudah tidak ada alasan lagi untuk seseorang daripada kamu memohon maaf kerana tidak mampu menolong dan beramal bersama Palestin melainkan iman yang lemah.
*Tidak ada yang binasa di hadapan Allah kecuali orang yang binasa.*
*“Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”.*
#cnp
#IslamForU
No comments:
Post a Comment