Saturday, 14 October 2023

 PERANG PALESTINE 2023


Peperangan yg berlaku kini di Palestine akibat serangan Hamas adalah luarbiasa tidak sama dgn peperangan sebelumnya.


Jelas ketakutan pd pihak Israel dgn melakukan pembalasan kepada orang awam. Kemenangan kini berpihak pada HAMAS. 


Namun ia bukan jalan yg mudah, US sebagai perlindung utama Israel tidak akan membenarkan kemenangan pada Hamas apalagi pilihanraya Presiden Amerika semakin hampir.


Serangan balas dari US dan sekutunya akan berlaku jika dilihat Israel semakin terancam. Rusia, Iran, Cina malah mungkin Arab Saudi akan bersama Palestine.


Ia pasti menambah parah kepada ekonomi dunia yg kini sudah pun tenat. Kita perlu bersedia hadapi zaman kesakitan dari aspek rohani, mental dan gerak kerja.


Kelemahan Presiden US kini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak lawan. US tidak lagi digeruni. Begitu juga agen Mossad Israel yg terkenal menjadi bahan ketawa kerana tak mampu mengesan serangan yg akan dilakukan HAMAS.


HAMAS adalah Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) yg tertarik dengan Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir yg diasaskan oleh Imam Hasan al Banna. Tika Morsi menjadi Presiden Mesir, Hamas mendapat kekuatan kerana banyak bantuan diperolehi.


Namun apabila Morsi dijatuhkan dan diganti dengan Abd Fatah as Sisi, maka tiada lagi bantuan malah dianggap musuh utama lantaran HAMAS dianggap sekutu Ikhwan Muslimin yg diharamkan di Mesir. 


HAMAS juga disenaraikan sebagai P

pengganas oleh US dan Antarabangsa, maka segala bantuan tidak boleh disalur pada Hamas kerana akan dicop sebagai membantu pengganas.


Hanya Iran satu² Negara Islam yg berani membantu HAMAS walaupun berlainan mazhab. Mereka bersatu hadapi musuh yg sama iaitu Israel dan mengenepikan perbezaan mazhab.


Hizbullah yg berpengkalan di Lebanon adalah sebuah badan jihad bermazhab Syiah mempunyai hubungan yg akrab dengan Hamas dlm aspek ketenteraan.


Ada kelompok Islam yg sedang mainkan Isu Hamas adalah sekutu Syiah, maka tidak perlu disokong kerana mereka membawa agenda Syiah.


Dalam suasana perang yg getir ini, tiada sepatutnya isu ini dipermainkan. Hamas dan Fatah adalah ASWJ namun ada perbezaan dlm mazhab siasah namun mereka saling menghormati.


Begitu juga dengan Hizbullah dan Iran, mereka bermazhab Syiah namun saling hormati dengan mazhab Sunni para penduduk dan pejuang Palestine.


Isu kebersamaan dalam perang tak boleh dikaitkan dgn kebersamaan dlm mazhab. Suasana perang juga membawa suasana yg mereka tak sempat untuk besarkan perbezaan mazhab, mereka hadapi musuh yg sama penuh kezaliman. Mereka  lebih tumpu kepada kebersamaan menyusun perang dan keselamatan daripada isu perbezaan mazhab.


Kita yg aman ini sahaja ada masa  berperang hal khilafiah dan perbezaan Mazhab. 


Dalam Syiah mengikut Tuan Guru Hj Hadi miliki pelbagai mazhab, ada yg hanya Syiah dalam siasah namun dalam bab akidah dan mazhab adalah Sunni. Ada yg melampau mengkufurkan sahabat dan isteri Rasulullah ﷺ, namun ada yg sederhana menentang golongan radikal tersebut.


Tika ini kita perlu bersama dgn Para pejuang Hamas dlm menentang Israel., berilah bantuan apa jua bentuk yg mampu dilakukan. Adapun isu yg lain kita selesai secara dalaman kemudian.


Kalam² yg mengaitkan Hamas diperkuda oleh Syiah perlu dilempar jauh lantaran suasana getir yg mereka hadapi. 


Tika seluruh dunia memulau Hamas dangan tiada bantuan, apakah pilihan yg ada pada Hamas untuk meneruskan perjuangan. Berdamai  dengan Israel seperti Fatah atau meneruskan perjuangan menentang Israel.


Jika mahu meneruskan perjuangan maka perlu bersama dengan Iran yg tetap teguh berani membantu. Mereka tiada pilihan ke dua.


Akhir kalam kita ucap tahniah pada kerajaan Malaysia yg tetap konsisten dalam isu Palestine walaupun bertukar PM dan Parti kerajaan, terus bersama mendukung Palestine dalam memperjuangkan hak mereka dan menentang kezaliman Israel pada rakyat Palestine.


Rakyat Malaysia perlu bersatu dalam isu Palestine.


Wallahualam.

WIAM

11.10.2023






Assalamualaikum. Insya Allah kita sedang menyebar-luaskan sepusingan 20 juta bacaan *Surah al FilL supaya dihancurkan segala pakatan musuh2 islam dan para munafiq...dan selamatkan Malaysia 🇲🇾 & Palestine 🇵🇸 drpd musuh2 islam....selamat kan ummah dari fitnah dajjal


Harap baca dgn niat ikhlas sebanyak 3 kali &  _forward_ mesej ini...😊😊

JazakAllah Khairun

*(بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ

 *أَلَمۡ تَرَ كَیۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَـٰبِ ٱلۡفِیلِ ۝  أَلَمۡ یَجۡعَلۡ كَیۡدَهُمۡ فِی تَضۡلِیلࣲ ۝  وَأَرۡسَلَ عَلَیۡهِمۡ طَیۡرًا أَبَابِیلَ ۝  تَرۡمِیهِم بِحِجَارَةࣲ مِّن سِجِّیلࣲ ۝  فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفࣲ مَّأۡكُولِۭ

Poskan sebanyak mungkin ..


#perkongsian_sahabat 

#IslamForU





No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...