Saturday, 14 October 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Awwal 1445H☆


یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا 


"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]


#Sambung lagi bicara tentang peperangan yang akan terjadi sebelum berlakunya kiamat. 


#Sebelum berlaku kemenangan yang dijanjikan, tentera Islam harus mempersiapkan pasukannya terlebih dahulu untuk berjuang. Antara persiapannya adalah dengan mengikat janji setia antara pemimpin dan pengikut yang lebih dikenali sebagai baiah. Ia penting untuk meyakinkan kumpulan Islam akan kesanggupan anggotanya melaksanakan strategi yang dirancang


#Baiah adalah sunnah Rasulullah saw sebagai sebuah persediaan untuk tugas-tugas perjuangan Islam. Sirah merekodkan beberapa kali baiah termeterai antaranya Baiah1 Aqabah Pertama dan Kedua serta Baiah ar-Ridhwan. Maka ia menjadi syariat kepada setiap kumpulan Islam yang mewarisi perjuangan Rasulullah saw untuk berbaiah taat setia kepada agama dan ketetapan Jamaah Islam selagi tidak bertentangan syariat. Dr Abdul Karim Zaidan mengaitkan pengajaran ayat ini dengan keperluan baiah terhadap Jamaah Islam.


#Kerana itulah kita diperintahkan untuk berbaiah kepada Imam Mahdi apabila tiba masanya. Sabda Rasulullah saw:


يَقْتَتِلُ عِندَ كَنْزِكم ثَلَاثَةٌ، كُلُّهُمُ ابْنُ خَلِيفَةٍ، ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُم، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِن قِبَلِ الـمَشْرِقِ، فَيَقْتُلُونَكم قَتْلاً لَم يَقْتُلْهُ قَومٌ، ثمَّ ذَكَرَ شَيئًا لاَ أَحفَظُهُ فَقَالَ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَو حَبْوًا عَلَى الثَّلجِ، فَإنَّهُ خَلِيفَةُ اللهِ الـمَهدِيُّ.


Akan berperang tiga pihak di sisi Kaabah, kesemuanya dari kalangan putera Raja. Tidak ada seorangpun yang bakal beroleh takhta yang direbutkan. Kemudian muncul panji hitam dari arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan peperangan yang kamu tidak pernah hadapi. (Kemudian Nabi S.A.W menyebutkan beberapa perkara yang tidak diingati perawi.) Sekiranya kamu sempat dengannya maka berbaiahlah padanya sekalipun terpaksa merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya dialah khalifah Allah al-Mahdi" (HR Ibn Majah) 


#Imam as-Suyuti rahimahullah menukilkan daripada Muhammad al-Baqir bahawa umat Islam yang berbaiah ketika itu cuma berjumlah 313 orang. Namun selepas berlaku satu pasukan tentera ditelan bumi, baharulah ramai yang pergi mendapatkan Imam Mahdi dari seluruh pelosok dunia memberikan baiah. 


#Hal ini diceritakan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Abu Daud...


.. Bersambung ... 


♡Ini menunjukkan kepentingan baiah dalam kumpulan Islam yang berjuang di akhir zaman. Sama ada Imam Mahdi sudah muncul ataupun belum, beriltizam taat setia dengan jamaah Islam yang lengkap ciri-cirinya sebagai Hizbullah merupakan kewajipan Islam♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullahj





PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah


حَدَّثَنَا هَاشِمٌ حَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ حَدَّثَنِي شَهْرٌ حَدَّثَنِي أَبُو ظَبْيَةَ قَالَ إِنَّ شُرَحْبِيلَ بْنَ السِّمْطِ دَعَا عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ السُّلَمِيَّ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَسَةَ هَلْ أَنْتَ مُحَدِّثِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ أَنْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِيهِ تَزَيُّدٌ وَلَا كَذِبٌ وَلَا تُحَدِّثْنِيهِ عَنْ آخَرَ سَمِعَهُ مِنْهُ غَيْرِكَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ قَدْ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَحَابُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَصَافُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَزَاوَرُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَبَاذَلُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَنَاصَرُونَ مِنْ أَجْلِي


Telah menceritakan kepada kami Hasyim telah menceritakan kepadaku Abdul Hamid telah menceritakan kepadaku Syahr telah menceritakan kepadaku Abu Dzabyah ia berkata; Bahawasanya Syurahbil bin As Simth memanggil Amru bin Abasah As Sulami dan bertanya, "Wahai Ibnu Abasah, apakah Anda mahu menceritakan kepadaku suatu hadis yang telah Anda dengar dari Rasulullah SAW tanpa ada tambahan ataupun kedustaan? Dan janganlah anda ceritakan kepadaku suatu hadis dari sahabat lain yang ia mendengarnya dari baginda selain anda. Amru bin Abasah berkata; Baiklah, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala telah berfirman: 'Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana Aku.'"(HR Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah apabila:


1.  Saling mengasihi kerana Allah


2.  Saling merapatkan hubungan (ukhuwah) kerana Allah


3.  Saling menziarahi kerana Allah


4.  Saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Allah


5.  Saling bantu membantu dan tolong menolong kerana Allah


Jadikanlah diri kita orang yang disayangi Allah kerana penyayangnya kita kepada orang lain. Marilah kita prihatin ke atas saudara Islam kita di Gaza yang melalui penderitaan berterusan akibat kekejaman oleh Zionis Israel. Yang kita mampu dari jauh mendoakan keselamatan dan ketabahan buat mereka serta sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka.


Ayuh bersama membantu mangsa-mangsa di Gaza melalui MyCARE. Salurkan sumbangan anda di:


http://mycare.qrd.by/palestin


#BangunkanJiwamu

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


15hb Okt  2023

29hb Rabiul Awal 1445H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم


Dua perkara yang pasti. Satu yang manusia bimbang dan bersibuk. Satu lagi yang manusia mengelak dan cuba lari.


Yang manusia bimbang dan bersibuk ialah rezeki. Sedangkan ianya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak manusia berada di dalam rahim ibunya.


وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

 (هود: ٦)


Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

(Hud: 6)


 وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ 

(طه: ١٣٢)


Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

(Taha: 132)


Rasulullah ‎SAW bersabda dalam sebuah hadith sahih,


عَنْ أَبِيْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ الله ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ حَدَّثَنَا رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِيْ بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا نُطْفَةً ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةًمِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْسَعِيْدٌ .


Diriwayatkan dari Abdur Rahman, iaitu Abdullah bin Mas'ud r.a. Katanya: Telah menceritakan kepada kami Rasulullah SAW: "Sesungguhnya salah seorang dari kamu sekalian dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani. Kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu 40 hari. Kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu 40 hari. Lalu diutus seorang malaikat kepada janin tersebut dan ditiupkan ruh kepadanya dan malaikat tersebut diperintahkan untuk menuliskan 4 perkara, iaitu: menulis rezekinya, umurnya, pekerjaannya dan kecelakaan atau kebahagiaan hidupnya'.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Namun begitu, manusia sampai sanggup melakukan perkara yang terlarang semata-mata kerana bimbang dan takut kepada ketiadaan rezeki.


وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا 

(الإسراء: ٣١)


Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

(Al Isra’: 31)


َ يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ أَمِنَ الْحَلَالِ أَمْ مِنْ الْحَرَامِ


“Akan datang suatu masa pada manusia, seseorang tidak peduli terhadap apa yang digenggamnya, apakah dari halal atau dari yang haram“.

(Hadith Riwayat Bukhari)


Yang manusia mengelak dan cuba lari ialah mati.


 قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 

(الجمعة: ٨)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

(Al Jumu’ah: 8)


عَنْ مُطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُثِّلَ ابْنُ آدَمَ وَإِلَى جَنْبِهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ مَنِيَّةً إِنْ أَخْطَأَتْهُ الْمَنَايَا وَقَعَ فِي الْهَرَمِ


Dari Mutharrif bin Abdillah bin asy-Syikhkhir, dari bapanya, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Telah diciptakan dekat anak Adam sembilan puluh sembilan musibah (sebab kematian).

Jika dia tidak terkena semua musibah itu, dia pasti mengalami ketuaan.”

(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)


Oleh itu, apa yang mesti menjadi pegangan seorang hamba itu ialah serahkanlah urusan yang pasti itu kepada Allah SWT, Tuhan yang menentukannya. Manakala sebagai seorang hamba, persiapkanlah diri dengan bekalan ilmu dan amalan ketakwaan untuk menghadapi kehidupan selepas mati yang ia sendiri tidak tahu apakah untung nasibnya di akhirat nanti.


إنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 

(لقمان: ٣٤)


Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

(Lukman: 34)


Justeru, cukuplah kematian itu sebagai pemberi nasihat...


~ Abu Imtiyaz ~

#IslamForU






No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...