*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*
🕌 *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* 🕌
📆 *TARIKH : 7 ZULHIJJAH 1445H/ 14 JUN 2024*
📜 *_TAJUK: PENGORBANAN YANG TIDAK DISIA-SIAKAN_*
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Hujurat Ayat 15 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."
👉1️⃣- Bertaqwa kepada Allah SWT.
👉2️⃣- Bulan Zulhijjah merupakan salah satu daripada bulan yang sangat istimewa di sisi Allah SWT. Ini kerana selain ibadah Haji, bulan Zulhijjah merupakan lambang sebuah kisah pengorbanan yang dilalui oleh keluarga Nabi Ibrahim AS & ianya menjadi sebahagian daripada pelaksanaan syariat umat Islam.
👉3️⃣- Sesungguhnya setiap ujian yang dilalui oleh manusia adalah merupakan bukti ketingkatan darjat seorang hamba itu di sisi Allah. Setiap pengorbanan yang dilakukan kerana Allah adalah satu kemuliaan, dan yakinlah ia tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT.
👉4️⃣- Dikisahkan bahawa setelah tinggal beberapa tahun di Baitul Maqdis, Nabi Ibrahim AS belum dikurniakan lagi zuriat untuk menyambung keturunannya. Isteri Nabi Ibrahim AS meminta Nabi Ibrahim menikah dengan seorang hamba bernama Siti Hajar yang telah dimerdekakan. Hasil daripada pernikahan Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar, Allah SWT mengurniakan kepada mereka seorang anak yang bernama Ismail AS. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim AS membawa Siti Hajar & anaknya keluar dari Baitul Maqdis menuju ke sebuah gurun yang tandus & sunyi daripada manusia.
👉5️⃣- Mereka berjalan ke gurun pasir yang panas hingga ke suatu daerah yang kini digelar tanah suci Makkah. Nabi Ibrahim AS menempatkan isteri & anaknya itu di lembah yang gersang & tidak ditumbuhi dengan satu apa pun. Lalu Nabi Ibrahim AS pergi meninggalkan mereka atas perintah Allah SWT.
👉6️⃣- Sesungguhnya, tidak ada pengorbanan yang lebih besar berbanding pengorbanan seorang suami yang terpaksa meninggalkan isteri & anaknya yang paling dicintai. Penantian untuk memiliki seorang anak yang ditunggu-tunggu oleh Nabi Ibrahim AS kini akhirnya terpaksa berdepan dengan ujian yang sukar. Namun Nabi Ibrahim AS melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan penuh keyakinan dan mengetahui bahawa Allah tidak akan mensia-siakan hambanya yang taat.
👉7️⃣- Setiap perintah Allah dilaksanakan oleh nabi Ibrahim dengan ikhlas walaupun terpaksa berhadapan dengan kesedihan yang amat dalam. Nabi Ibrahim AS meninggalkan keluarganya itu dengan sebuah doa & harapan agar Allah memelihara kehidupan mereka. Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran melalui Surah Ibrahim ayat 37 yang bermaksud : “ Wahai tuhan kami, sesungguhnya aku telah menambah sebahagian daripada keturunanku di lembah (tanah suci Makah) yang tidak mempunyai tanaman di sisi rumah engkau (Baitullah) yang dihormati ! Wahai tuhan, (mereka ditempatkan disitu), (Agar mereka mendirikan solat & memakmurkannya dengan ibadah) maka jadikanlah hati sebahagian daripada manusia cenderong kepada mereka (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan berikanlah rezeki kepada mereka daripada buah-buhan, mudah-mudahan mereka bersyukur!’’
👉8️⃣- Doa & permintaan Nabi Ibrahim AS segera dikabulkan oleh Allah SWT. Bukit Safa & Marwa menjadi saksi akan perasaan Hajar yang cemas ketika tidak menjumpai bekalan air untuk diminum, sedangkan anaknya Nabi Ismail AS sedang menangis kehausan & bekalan susu badannya sudah kering. Dia berlari-lari diantara kedua-dua bukit ini untuk mencari air.
👉9️⃣- Allah mengkabulkan doa & harapan keluarga yang mulia itu dengan sebuah mata air yang memancar daripada hentakan kaki anaknya Nabi Ismail AS. Siti Hajar turun berlari ke arah anaknya sambil menangis dengan penuh kesyukuran. Kini mata air itu dikenali dengan nama telaga Zamzam.
👉🔟- Allah telah mengatur seluruh kehidupan manusia itu dengan sempurna. Naluri keimanan telah membimbing keluarga Nabi Ibrahim untuk tunduk kepada perintah Allah SWT. Keluarga Nabi Ibrahim AS memenuhi setiap perintah Allah SWT dengan taat.
👉1️⃣1️⃣- Kesimpulan, setiap kesediaan seseorang untuk berkorban dalam melaksanakan perintah Allah, akan tersedia untuknya limpahan berkah dalam kehidupan. Kisah keluarga Nabi Ibrahim adalah merupakan tarbiah pendidikan yang sangat agung. Ia mengajar kepada kita tentang makna sebenar sebuah pengorbanan, kecintaan & ketulusan hati dalam menjadi seorang hamba yang taat perintah Allah.
Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 38 yang bermaksud : “ Wahai tuhan kami, sesungguhnya engkau mengetahui apa-apa yang kami sembunyikan & apa-apa yang kami zahirkan & tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit “.
Waallahua’lam.
No comments:
Post a Comment