Tuesday, 30 July 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 25 Muharram 1446H☆


ٱلۡأَخِلَّاۤءُ یَوۡمَىِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِینَ 


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)" [Surah az-Zukhruf 67]


#Mencari seorang sahabat baik bukanlah mudah. Seorang sahabat baik, bukan sahaja bersama kita di kala gembira, namun dia sentiasa ada di sisi sama ada ketika suka, duka, susah mahupun senang. Sahabat yang berhati mulia akan membawa kita ke jalan Allah swt. 


#Seorang lelaki berkata kepada al-Junaid (ahli sufi terkenal hidup dalam kurun ke 3 hijrah di Baghdad):


"Sesungguhnya sukar sekali mencari ikhwan (saudara sejati) di zaman ini. Di manakah akan ku temui saudaraku fillah?". Al-Junaid enggan menjawab sehinggalah lelaki itu mengulangi soalan yang sama sebanyak tiga kali. Setelah lelaki itu mengulang-ulangi soalan yang sama, barulah al-Junaid menjawab:


"Sekiranya engkau mencari saudara untuk mencukupkan keperluan hidupmu dan turut menanggung kesulitan yang kamu hadapi, maka demi umurku, saudara seperti itu amat sedikit. Jika engkau mencari saudara fillah yang engkau akan tanggung perbelanjaannya dan sabar menghadapi kerenahnya, maka seperti itu ramai. Aku akan perkenalkan mereka kepadamu". 


Mendengar jawapan itu, lelaki itu diam membisu. Lantas al-Junaid menyambung: "Ketahuilah bahawa manusia terdiri dari tiga golongan:


1. Orang yang engkau dapat manfaat dengan bersahabat dengannya. 


2. Orang yang engkau memberi manfaat kepadanya tetapi dia tidak memudaratkanmu, cuma engkau tidak mendapat manfaat daripadanya. 


3. Orang yang engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, sebaliknya dia memudaratkanmu. Ini adalah manusia yang bodoh atau berperangai buruk. Engkau hendaklah menjauhkan diri darinya.


Adapun golongan kedua, jangan engkau jauhkan diri darinya kerana engkau akan mendapat manfaat daripadanya di akhirat kelak dengan syafaatnya, doanya dan pahala engkau menolongnya selama ini.


Ada orang berkata: "Aku berkawan dengan sebahagian manusia selama 50 tahun. Tidak pernah berlaku sebarang pertelingkahan antara aku dengan mereka. Ketika aku bersama mereka, aku menanggung keperluan mereka". Jadi, sesiapa yang begitu sifatnya, ramailah saudara-saudaranya" (Lihat: Al-Mustakhlas fi Tazkiatin-Nafs, Sa’eid Hawwa) 


♡Mencari sahabat janganlah berdasarkan kepentingan sementara seperti maslahat di dunia, tetapi carilah demi kemaslahatan bersama yang abadi iaitu maslahat dan manfaat di akhirat♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Apabila Sakit  عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّهُ...