Friday, 16 August 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 12 Safar 1446H☆


وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِیۤ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَـٰهُمۡ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِ وَفَضَّلۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِیرࣲ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِیلࣰا 


"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan" [Surah Al-Isrāʾ 70]


#Prof Dr Wahbah az-Zuhaili dalam Tafsir al-Washitnya menyebutkan bahawa ayat ini memuat bentuk-bentuk kepedulian Allah kepada umat manusia, diantaranya Allah menjaga dan menjamin kemuliaan manusia, hak-hak manusia, menjadikan manusia sebagai khalifah (pengelola) di bumi dan lain-lain. 


#Antara insan yang perlu di hormati dan beradab dengannya ialah para alim ulamak, guru, murabbi, muallim dan pendakwah. 


#Guru memiliki segunung ilmu, maka sudah pasti ia dapat menaungi, membimbing, mengasuh dan mendidik murid dan pelajarnya sehingga jadilah mereka dengan watak-watak mulia, soleh, berpekerti dan lain-lain sekalipun menjawat pelbagai jawatan atau menceburi pelbagai bidang tugas dan pekerjaan. Sudah pasti ilmu yang diterima oleh seseorang sejak mengenali alif, ba, ta dari gurunya sentiasa menjadi azimat dan panduan dalam menempuh rencah kehidupan.


#Berkata Ibn Jama’ah rahimahullah: Hendaklah seorang murid mengetahui bahawa rendah dirinya kepada seorang guru adalah kemuliaan, dan tunduknya adalah kebanggaan" (Lihat: Tazkirah al-Sami’ wa  al-Mutakallim) 


#Saiyidina Ali r.a pernah berkata: "Antara hak orang alim yang mesti kamu tunaikan ialah, kamu hendaklah memberi salam kepada orang ramai secara umum tetapi memberi salam kepadanya secara khusus. Kamu hendaklah duduk di hadapannya dan jangan menggerak-gerakkan isyarat tangan ketika berada di sisinya. Jangan sekali-kali kamu mengenyitkan mata di hadapannya, jangan terlalu banyak bertanya kepadanya, jangan cuba membantunya dalam memberikan sesuatu jawapan, jangan kamu mendesaknya ketika dia rasa malas dan jangan berulang-ulang kali mengajaknya jika dia enggan" (Lihat: Mukhtasar Minhaj al-Qasidin) 


#Ibn al-Mu’taz berkata: "Pelajar yang tawaduk dan selalu merendah diri sudah pasti akan mendapat banyak ilmu umpama tanah yang rendah akan mengalir kepadanya air yang lebih banyak". 


#Ahmad bin Sinan menjelaskan mengenai majlis Abdul @Rahman bin Mahdi, guru Imam Ahmad, katanya: "Tidak ada seorang pun yang bercakap-cakap dalam majlis Abdul Rahman bin Mahdi, tidak ada seorang pun yang berdiri, tidak ada seorang pun yang mengasah pena dan tidak ada yang tersenyum" (Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’)


♡Beradablah dengan para alim ulamak dan para guru, moga dikurniakan kita keberkatan dalam kehidupan dan dimuliakan disisi Allah swt. Aamiiin♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl





No comments:

Post a Comment

 [26/7/25, 21:35:14] KSC Hamidi: (A'uzubi izzatillah wakudratihi min syarrima Ajidu waa u'haadzir) [26/7/25, 21:35:47] KSC Hamidi: (...