Sunday, 11 August 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 7 Safar 1446H☆


وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِیمࣲ 


"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia" [Surah al-Qalam 4]


#Antara akhlak terpuji Rasulullah saw ialah berpegang pada janji. 


#Dalam kitab Ihya Ulumiddin, Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Rasulullah saw adalah orang yang paling memenuhi janji". 


#Pada diri Rasulullah saw sentiasa dihiasi sifat dan akhlak dalam urusan menjaga serta menunaikan janji sama ada janji itu dibuat secara bertulis secara rasmi atau berbentuk ucapan.


#Segala perkara yang dijanjikan terhadap diri sendiri atau orang lain, Rasulullah saw tidak pernah mengkhianatinya walaupun terhadap musuh Baginda.


#Sayidina Ammar bin Yasir r.a berkata: "Aku kawan sebaya Nabi saw masa jahiliah dulu. Masa itu aku gembala kambing keluargaku. Baginda saw gembala kambing keluarganya. 


Suatu hari kami janji hendak membawa kambing gembala di satu tempat sama-sama. Baginda saw sampai dulu sebelum aku. 


Aku melihat baginda tidak bagi kambingnya meragut lagi. Aku pun tanya mengapa. Baginda saw jawab: "Saya kan dah berjanji dengan awak. Jadi tahan dulu (kambing daripada meragut) sehingga awak datang" (Riwayat al-Fakihi)


#Allah.. akhlak Rasulullah saw semulajadi hebat dan terpuji sebelum dilantik menjadi rasul dan selepas dilantik menjadi rasul. Rasulullah saw sangat menjaga janji dan menepati janji. 


#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, sabda Nabi saw:

 

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ


"Orang muslim itu berpegang pada janji mereka" (HR Abu Daud)

 

#Sheikh al-‘Azim Abadi ketika mensyarahkan hadis ini berkata: "Iaitu mereka tetap (dengan perjanjian yang telah dilakukan) dan tidak berpatah   balik" (Lihat: Aun al-Ma’bud) 


#Diriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma, beliau mengkhabarkan bahawa Abu Sufian pernah menceritakan bahawa ketika beliau masih belum lagi memeluk Islam, pemerintah Rom iaitu Hercules telah bertanya kepada beliau perihal Nabi Muhammad saw:

 

فَمَاذَا يَأْمُرُكُمْ بِهِ قَالَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَعْبُدَ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا نُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَيَنْهَانَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا وَيَأْمُرُنَا بِالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ وَالْعَفَافِ وَالْوَفَاءِ بِالْعَهْدِ وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ

 

"Apakah yang Nabi itu perintahkan kepada kalian. Abu Sufian menjawab: Nabi itu memerintahkan kepada kami agar menyembahkan Allah Yang satu dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dia juga memerintahkan kami untuk bersolat, bersedekah, tidak melakukan perkara yang haram, menepati janji dan melaksanakan amanah yang telah diberikan" (HR al-Bukhari) 


♡Sifat menepati janji tidak boleh dipisahkan dari diri setiap orang mukmin. Akhlak mulia baginda saw ini sewajarnya menjadi panduan dan suluhan kepada kita semua♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl





No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...