Monday, 23 September 2024

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik


حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيُّ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ كَيْفَ كَانَ خُلُقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا لَمْ يَكُنْ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَلَا سَخَّابًا بِالْأَسْوَاقِ وَلَا يُجْزِئُ بِالسَّيِّئَةِ مِثْلَهَا وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَحُ


Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata; Saya bertanya kepada Aisyah; "Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya." Aisyah berkata; "Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan pengampun." (HR Ahmad No: 24797) Status: Hadis Hasan


Pengajaran:


1.  Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlak terhadap keluarga dan orang lain. 


2.  Rasulullah SAW tidak pernah melakukan perbuatan keji seperti perbuatan syirik.


3.  Rasulullah SAW tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor serta tidak terjerit-jerit di pasar (shoping kompleks) atau di mana sahaja.


4.  Antara akhlak terpuji Rasulullah SAW ialah tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya).


5.  Rasulullah SAW adalah seorang yang pemaaf kepada orang lain.


6.  Berusahalah kita mencontohi Rasulullah SAW dengan tidak mengeluarkan kata-kata kotor, terjerit-jerit dimana sahaja kita berada termasuk dalam bentuk tulisan di media sosial. Jadilah kita orang yang pemaaf.


Selamat memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dan contohi akhlak baginda SAW.


#BangunkanJiwaMerdeka

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

#PalestinMerdeka


20hb Rabiul Awal 1446H

24hb September 2024


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram




 ☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiul Awwal 1446H☆


وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولࣱ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِی۟ن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰۤ أَعۡقَـٰبِكُمۡۚ وَمَن یَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَیۡهِ فَلَن یَضُرَّ ٱللَّهَ شَیۡـࣰٔاۗ وَسَیَجۡزِی ٱللَّهُ ٱلشَّـٰكِرِینَ 


"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)" [Surah Āli-ʿImrān 144]


#Kewafatan Rasulullah saw adalah satu musibah paling besar yang menimpa umat Islam.


#Ketika berita kewafatan Rasulullah saw sampai kepada Sayidina Umar bin al-Khattab r.a, beliau hilang pertimbangan seketika, lantas beliau bangun dan berkata: "Ada beberapa lelaki munafik mendakwa bahawa Rasulullah saw telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah saw tidak wafat, akan tetapi Rasulullah saw pergi bertemu Tuhannya sebagaimana Musa bin ‘Imran yang menghilangkan diri daripada kaumnya selama empat puluh hari. Kemudian Baginda kembali kepada kaumnya setelah orang mengatakan Baginda telah mati. Demi Allah, Rasulullah saw akan kembali, dan aku akan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan Baginda saw telah mati!" (Lihat: al-Sirah al-Nabawiyyah dan al-Rahiq al-Makhtum) 


#Sayidina Abu Bakar ketika itu masih di dalam rumah Rasulullah saw dan di hadapan jenazah Rasulullah saw. Beliau menyingkap wajah Rasulullah saw, kemudian menciumnya. Beliau berkata:


بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي، طِبْتَ حَيًّا وَمَيِّتًا، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُذِيقُكَ اللَّهُ المَوْتَتَيْنِ أَبَدًا


"Ayah dan ibuku sebagai galang ganti bagimu, engkau dalam keadaan baik saat hidup dan sesudah mati. Demi Dia yang jiwaku berada di tanganNya, Allah tidak akan membuatkanmu merasakan kematian sebanyak dua kali buat selama-lamanya"


#Setelah itu, Abu Bakar r.a pun keluar menemui orang ramai. Dalam satu riwayat daripada Ibn Abbas r.huma, katanya: "Bahawa Sayidina Abu Bakar r.a selepas itu keluar ketika Sayidina Umar r.a sedang berbicara dengan orang ramai. Lalu Sayidina Abu Bakar berkata kepada Sayidina Umar: 


عَلَى رِسْلِكَ يَا عُمَرُ، أَنْصِتْ!


"Berhenti! Wahai Umar, diamlah kamu!" 


Sayidina Umar enggan mematuhi perintah tersebut. Akhirnya Sayidina Abu Bakar mengucapkan lafaz syahadah, lalu orang ramai berkumpul ke arahnya dan meninggalkan Sayidina Umar, lalu Sayidina Abu Bakar berkata:


أَمَّا بَعْدُ، فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَإِنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللهَ، فَإِنَّ اللهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ، قَالَ اللهُ تَعَالَى: {وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ} إِلَى {الشَّاكِرِينَ} [آل عمران: 144]


"Barangsiapa daripada engkau yang menyembah nabi Muhammad saw, sungguh nabi Muhammad saw sekarang sudah wafat dan barangsiapa yang menyembah Allah, sungguh Allah Maha Hidup yang tidak akan pernah mati". Lalu dibacakan ayat Surah Ali Imran 144.


#Ibn al-Musayyib menyebutkan bahawa Sayidina Umar berkata: "Demi Allah, sebaik sahaja aku mendengar Sayidina Abu Bakar membacakan ayat itu, maka aku menjadi lemah longlai sehingga tidak berdaya untuk berdiri. Akhirnya aku rebah ke bumi ketika mendengar Sayidina Abu Bakar membacakannya. Maka, yakinlah aku bahawa Rasulullah saw telah wafat" (Lihat: Rahiq al-Makhtum)


♡Demikianlah kecintaan para sahabat terhadap Rasulullah saw yang tiada tolok bandingnya. Begitu juga kecintaan Rasulullah saw terhadap orang-orang yang beriman. Namun, Baginda tetap memilih kepada yang lebih dicintai, iaitu bertemu dengan Allah saw di alam akhirat♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah






Sunday, 22 September 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Awwal 1446H☆


مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ 


"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]


#Sambung bicara berkaitan kelebihan dan keistimewaan Nabi Muhammad saw. 


#Antara keistimewaan Nabi saw ialah semua nabi yang hidup sebelum zaman kebangkitan Rasulullah saw telah diminta khusus oleh Allah untuk beriman dengan Rasulullah saw. Maka setiap nabi telah berjanji setia untuk beriman kepada Rasulullah dan mereka berjanji untuk membantu baginda jika Allah mentakdirkan Rasulullah muncul pada zaman mereka. Keistimewaan yang begitu agung ini tidak pernah berlaku kepada para nabi dan rasul sebelum baginda. Firman Allah swt:


وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِیثَـٰقَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ لَمَاۤ ءَاتَیۡتُكُم مِّن كِتَـٰبࣲ وَحِكۡمَةࣲ ثُمَّ جَاۤءَكُمۡ رَسُولࣱ مُّصَدِّقࣱ لِّمَا مَعَكُمۡ لَتُؤۡمِنُنَّ بِهِۦ وَلَتَنصُرُنَّهُۥۚ قَالَ ءَأَقۡرَرۡتُمۡ وَأَخَذۡتُمۡ عَلَىٰ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ إِصۡرِیۖ قَالُوۤا۟ أَقۡرَرۡنَاۚ قَالَ فَٱشۡهَدُوا۟ وَأَنَا۠ مَعَكُم مِّنَ ٱلشَّـٰهِدِینَ 


"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu" [Surah Āli-ʿImrān 81]


#Selain itu, istimewanya baginda saw bilamana panggilan Allah swt ke atas Nabi Muhammad saw berbeza dengan para nabi yang lain. Perbezaan ini jelas ketara di dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa baginda saw adalah ciptaan Allah yang paling disayangiNya dan diberi penghormatan melebihi nabi yang lain.


#Allah swt tidak pernah memanggil Rasulullah saw dengan nama peribadi bgainda, ‘Muhammad’ dalam bentuk komunikasi dua hala?


#‎Allah swt memanggil baginda saw menggunakan pangkat kenabian seperti Wahai Nabi:


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ


"Wahai Nabi, rangsanglah orang-orang mukmin untuk berperang…" [Surah al-Anfal 65] 


#Allah swt memanggil baginda menggunakan pangkat kerasulan:


يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ


"‎Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu.." [Surah al-Maaidah 66] 


#Allah swt guna kalimah ‘Muhammad’ hanya untuk bercerita perihal Baginda saw sahaja. ‎Contohnya: 


وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُول


"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul" [Surah Ali-Imran 144] 


‎ مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ


"‎Bukanlah Muhammad itu bapa bagi salah seorang dari lelaki dari kalangan kamu" [Surah Al-Ahzab 40] 


#Berbeza komunikasi atau perbualan Allah swt dengan para Rasul yang lain, di mana Allah swt memanggil mereka dengan nama peribadi mereka. Allah swt memanggil para Nabi yang lain dengan panggilan nama seperti Ya Adam, Ya Musa, Ya Ibrahim. 


قَالَ یَـٰۤـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَاۤىِٕهِمۡۖ 


Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka" [Surah al-Baqarah 33]


وَنَـٰدَیۡنَـٰهُ أَن یَـٰۤإِبۡرَ ٰ⁠هِیمُ 


"Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!" [Surah aṣ-Ṣāffāt 104]


یَـٰمُوسَىٰۤ إِنَّهُۥۤ أَنَا ٱللَّهُ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ 


"Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah an-Naml 9]


#Ini menjadi bukti Allah swt memuliakan Baginda saw dan meletakkan penghormatan ke atas baginda melebihi seluruh makhlukNya yang lain hatta Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang sangat mulia.


♡Ini antara kelebihan-kelebihan Nabi saw yang semuanya menunjukkan betapa tinggi dan mulianya Rasulullah saw di sisi Allah swt♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




Thursday, 19 September 2024

 Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat 

20 September 2024 / 16 Rabiul Awal 1446H

Cerminan Sunnah Dalam Mencapai Kecemerlangan

Wahai saudaraku yang beriman,

Bertakwalah kepada Allah s.w.t. Pertingkatkan ilmu kita dan sempurnakan amalan kita. Jadikan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai pegangan hidup kita dalam mencapai kehidupan yang cemerlang. Semoga Allah s.w.t. menjadikan kita dikalangan hamba-hambanya yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. 

Saudaraku yang dikasihi,

Khutbah hari akan memberikan tumpuan pada sunnah Rasulullah s.a.w. dalam mencapai kecemerlangan, di dunia dan akhirat. Dan sebelum itu, mimbar sekali lagi ingin membacakan firman Allah dalam surah At-Taubah, ayat 128:


Yang bermaksud: “Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, berat terasa olehnya akan penderitaanmu, sangat mengambil berat mengenaimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang yang beriman.

Rasulullah s.a.w. menunjukkan rasa prihatinnya kepada kita, umat akhir zaman, umat yang baginda s.a.w. sendiri tidak pernah bersua muka, menerusi pelbagai panduan hidup. Antara warisan yang baginda s.a.w. tinggalkan ialah, panduan mengejar kecemerlangan (excellence) dalam apa jua yang kita lakukan, sama ada dalam pekerjaan, dalam alam persekolahan, dan dalam urusan harian kita bersama keluarga serta mereka di sekeliling kita.

Saudaraku,

Kitab-kitab Syama’il Muhammadiyah meriwayatkan bahawa apabila nabi s.a.w. berbicara, baginda akan memberikan sepenuh perhatian dan memusingkan badannya ke arah pendengar. Apabila berucap, baginda bercakap dengan jelas, sepatah demi sepatah, malah mengulangi jika perlu, agar mereka yang sedang mendengar mudah mengingati ucapannya. Inilah kecemerlangan baginda s.a.w. dalam seni berkomunikasi. 

Para jemaah yang dirahmati Allah,

Izinkan khatib mengutarakan dua saranan untuk dipertimbangkan:

Pertama: Menilai dan memperbaiki mutu kehidupan. Ambil langkah praktikal dengan membuat penilaian harian: bagaimana kita boleh memperbaiki ibadah hari ini? Atau bagaimana kita boleh bekerja dengan lebih berkesan esok? Bagi golongan pelajar, bagaimana anda boleh membuat persiapan peperiksaan yang bakal tiba dengan lebih berkesan kali ini? 

Cuba tetapkan satu matlamat kecil yang boleh dicapai setiap hari, sama ada dalam ibadah, pekerjaan, persekolahan atau hubungan sesama manusia. Ini seiring dengan ajaran Islam yang menekankan penambahbaikan diri secara berterusan. Mulakan tabiat baik yang mudah untuk kita lakukan, seperti menambah bacaan Al-Quran setiap hari, atau sering berdoa meminta bantuan Allah di luar waktu solat,  atau mungkin menjaga kesihatan diri secara aktif dan konsisten agar hidup terjauh daripada penyakit. 

Kedua: Mengiktiraf dan memperbaiki kelemahan kita. Menerima kekurangan dan kesilapan adalah antara langkah positif menuju kecemerlangan. Apabila kita tersilap, segeralah bertaubat dan perbaiki diri. Praktikkan sikap menerima teguran yang membina dengan hati terbuka. Contohnya, jika kita kurang sabar dalam perbualan bersama orang lain, berusahalah memperbaikinya dengan mendengar terlebih dahulu sebelum memberikan respon. Gugurkanlah keegoan, terimalah kesilapan, dan berusahalah untuk memperbaiki kelemahan. Apabila kita telah lebih bersedia, mintalah keluarga atau rakan-rakan untuk memberikan maklum balas tentang sikap atau tindakan kita, agar kita dapat melihat ruang penambahbaikan.

Dalam hal ini, mari kita hayati hadis nabi s.a.w. yang berbunyi:

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ، وَخَيْرُ الخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Yang bermaksud: “Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat.” (Hadis riwayat Imam At-Tirmizi). 

Para jemaah yang dihormati,

Marilah kita berlumba-lumba menzahirkan kecemerlangan kita dalam hubungan bersama Allah dan juga sesama manusia. Dan pada hari ini, kita berkesempatan untuk melakukannya khusus bagi saudara-saudara kita di Gaza. Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama masjid-masjid serata Singapura  mengadakan kutipan derma  bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Sama-sama kita memanfaatkan peluang untuk menyumbang kepada tabung bantuan kemanusiaan ini. 

Sebagai penutup, dan bersempena dengan bulan Maulidurrasul, bulan cinta Rasul, saya  mengakhiri khutbah pada hari ini dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban. Sayyidatina Aisha r.a. pernah mendengar doa nabi s.a.w. yang bermaksud: “Ya Allah, ampunkanlah bagi Aisha setiap dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang, yang dilakukan secara terang-terangan mahupun yang disembunyikan, yang besar mahupun yang kecil.” Mendengar doa itu, Sayyidatina Aisha r.a. berasa sangat gembira. Nabi s.a.w. pun berkata: “Adakah kau gembira mendengar doaku tadi itu, wahai Aisha? Ketahuilah, itulah doaku untuk umatku pada setiap solat.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

KHUTBAH KEDUA 


الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. 

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ سَادَاتِنَا أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اَللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ اكْتُبِ السِّلْمَ وَالسَّلاَمَ وَالأَمْنَ وَالأَمَانَ لِلْعَالَمِ كُلِّهِ وَلِلنَّاسِ أَجْمَعِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. 

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضْلِهِ يُعْطِكُم، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 



  PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Apabila Sakit  عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّهُ...