☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Akhir 1446H☆
قُلۡ فَلِمَ تَقۡتُلُونَ أَنۢبِیَاۤءَ ٱللَّهِ مِن قَبۡلُ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?" [Surah al-Baqarah 91]
#Al-Quran menjelaskan kejahatan puak Yahudi suka membunuh orang termasuk membunuh para nabi. Sejarah juga menjelaskan bahawa kaum Yahudi telah membunuh ramai nabi.
#Ramai para nabi terdiri daripada keturunan bani Israel. Bertitik tolak dari itu, kaum Israel mempercayai bahawa keturunan mereka mulia. Namun, mereka lupa bahawa kaum mereka juga telah banyak membunuh nabi-nabi pada suatu ketika dahulu. Oleh itu, tidak hairanlah sehingga ke hari ini mereka berlanjutan membunuh rakyat Palestin setelah merampas tanah mereka.
#Jahatnya mereka sehingga membunuh nabi-nabi. Orang lain, setakat tidak beriman dengan nabi sahaja. Tetapi Bani Israel, bukan setakat tidak mengikut nabi, malah membunuh. Contoh nabi yang dibunuh ialah Nabi Yahya dan Nabi Zakaria.
#Walaupun Kerajaan Rom yang membunuh Nabi Zakaria, tetapi kerenahnya datang daripada Bani Israel. Mereka berpakat dengan kerajaan untuk menangkap Nabi Zakaria di Palestin. Baginda berlari menyelamatkan diri. Terdapat sepohon pokok yang terbuka, lalu baginda masuk bersembunyi di dalamnya. Orang ramai mencarinya tetapi tidak berjumpa. Syaitan datang menyamar sebagai manusia dan memberitahu tempat persembunyian nabi Zakaria. Kata syaitan, jika mereka tidak percaya, cuba digergaji pokok tersebut. Akhirnya, pokok itu digergaji dan baginda pun mati.
#Nabi Yahya pula dibunuh oleh King Herod. Raja tersebut tergila-gilakan anak tirinya sendiri yang bernama Salome. Baginda melarangnya sebab dia telah tidur dengan isterinya. Melainkan kalau dia belum tidur dengan isterinya, maka boleh mengambil anak tirinya sebagai isteri. Tetapi kalau sudah tidur dengan isteri, maka haramlah hukumnya mengahwini anak tiri.
#Akibat melarang, baginda ditangkap. Anak tirinya meletakkan syarat iaitu mas kahwin mestilah kepala Nabi Yahya. Akhirnya, baginda dibunuh dengan kepalanya dipancung. Tubuhnya diletakkan di dalam pokok dan kepalanya sebagai hantaran kahwin. Oleh sebab itu, kuburnya ada dua, satu di Damascus (Damsyik) dan satu lagi di Palestin.
#Masalah-masalah yang berlaku di dunia kebanyakannya berpunca daripada Bani Israel. Mereka muncul dalam bentuk Jewish atau Zionis Antarabangsa. Bukan semua orang Israel jahat. Ada yang baik sehingga tetap akan membayar hutang walaupun jumlahnya kecil. Tetapi, masalah besar hari ini ialah Yahudi yang jahat. Contohnya mereka merampas tanah Palestin dan membunuh rakyat Palestin serta menghuru-harakan dunia dengan isu peperangan dan penjajahan era baru.
♡Jahatnya bani Israel, pembunuh para Nabi dan Rasul serta orang-orang yang beriman!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment