Monday, 4 November 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 3 Jamadil Awwal 1446H☆


وَإِنَّ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ لَمَن یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكُمۡ وَمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡهِمۡ خَـٰشِعِینَ لِلَّهِ لَا یَشۡتَرُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ ثَمَنࣰا قَلِیلًاۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ 


"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya" [Surah Āali-ʿImrān 199] 


#Berdasarkan penerangan ayat di atas, maka kita dapat ketahui syarat-syarat untuk ahli kitab dikira sebagai orang beriman:

1. Beriman kepada Allah swt

2. Beriman kepada Nabi Muhammad swt dan kebenaran al-Quran

3. Beriman kepada kitab-kitab terdahulu yang tidak diubah isinya

4. Tidak menyembunyikan kebenaran demi pangkat dan kedudukan. 


#Allah swt mengatakan mereka khusyuk kepada Allah yakni merendahkan diri tunduk kepada Allah swt. Iaitu mereka tidak sombong untuk beriman kepada Allah. Mereka mentaati Allah swt kerana takut kepada Allah swt. 


#Mereka tidak mengubah ayat-ayat Allah dengan habuan dunia. Mereka tidak seperti Ahli Kitab yang lain yang menjual ayat-ayat Allah swt. Ini kerana ada para pendeta yang menjual ayat-ayat dari Kalam Allah yang suci untuk mendapatkan habuan dunia. Mereka beri fatwa yang dikehendaki oleh pengikut mereka, walaupun ianya berlawanan dengan apa yang ada dalam Kitab.


#Larangan jual beli ayat Allah ini maksudnya ialah Allah melarang dari mengubah hukum Allah atau mengubah kandungan kitab Allah atau menyembunyikan ayat-ayat Allah daripada disampaikan kepada manusia atau memilih kufur kerana mementingkan habuan dunia dan meninggalkan beriman walaupun rugi di akhirat. Firman Allah swt:


إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلڪِتَـٰبِ وَيَشتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلاً‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا يَأكُلُونَ فِى بُطُونِهِم إِلَّا ٱلنَّارَ


“Sungguhnya orang-orang yang menyembunyikan kebenaran yang telah diturunkan oleh Allah di dalam kitab dan membeli mereka itu dengannya akan habuan yang sedikit necasya mereka itulah orang-orang yang memakan mereka itu di dalam perut mereka itu akan api neraka" [Surah al-Baqarah 174] 


#Golongan Ahli Kitab yang akhirnya beriman dan masuk Islam, tidak melakukan perkara sedemikian. Mereka jujur dengan apa yang tertulis dalam kitab suci mereka. Merekalah juga yang telah membongkarkan kesalahan-kesalahan dan penipuan yang dilakukan oleh ahli agama mereka. Inilah yang disebutkan Allah bahawa adanya Ahli Kitab yang benar-benar beriman kepada Allah swt dan dikurniakan ganjaran syurgaNya. 


#Hal ini disebabkan daripada amal kebaikan yang mereka lakukan, Allah swt akan kurniakan balasan baik kepada mereka. Allah swt tidak nilai pada zahir sama ada mereka itu berasal dari Ahli Kitab atau tidak. Penilaiannya ialah dengan mereka beriman dan berbuat kebaikan, maka Allah akan berikan balasan yang baik untuk mereka walaupun asalnya mereka adalah ahli kitab. Keimanan dan ketaqwaan itu yang dinilai bukannya bangsa, keturunan, kedudukan atau pangkat harta. 


♡Ahli kitab yang beriman iaitu mereka yang beriman kepada Allah swt dan Nabi Muhammad saw serta tidak kekal dengan syariat rasul mereka yang terdahulu. Mereka ini sama hukumnya seperti muslim yang lain. Namun ahli kitab yang dikira kufur atau terkeluar dari Islam, iaitu ahli kitab yang kekal dengan agama Yahudi dan Nasrani serta enggan beriman kepada Nabi Muhammad saw dan syariatnya. Meskipun ahli kitab itu beriman dengan akidah dan syariat yang dibawa oleh nabi dan rasul mereka tanpa mengubah sedikit pun syariat dan kitab suci mereka, namun jika masih enggan beriman dengan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul, maka mereka tetap dikira sebagai kufur dan tidak layak masuk ke syurga Allah swt♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah







No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...