Tuesday, 5 November 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Awwal 1446H☆


إِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ 


"Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya" [Surah Āali-ʿImrān 199]


#Apabila Allah swt menyebut hisabNya amat cepat, ia mempunyai tiga maksud:


1. Hisab Allah tersangat dekat, boleh datang bila-bila masa sahaja. Oleh itu, jangan lengah, lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Firman Allah swt:


ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِی غَفۡلَةࣲ مُّعۡرِضُونَ 


"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya" [Surah al-Anbiyāʾ 1]


Ingatlah yang Hari Hisab itu sudah dekat, kita sahaja menyangka ia lama dan lambat lagi, tetapi sedarlah ia akan datang tidak lama lagi. Maka semua manusia perlu segera bertaubat. Ini kerana apabila sudah mati, tidak ada peluang untuk bertaubat. Maka kita perlu ambil peluang semasa masih hidup ini untuk bertaubat dan ubah cara hidup kita sebelum dibawa ke hari hisab. 


2. Hisab sebelum mati. Allah boleh turunkan terus balasan ketika di dunia lagi dan adakalanya ia sangat cepat. Sebagai contoh, selepas kita solat, berzikir, baca al-Quran kita terus rasa tenang dan tenteram. Dan jika kita buat dosa, selepas buat dosa sahaja kita akan rasa bersalah, bukan? Kerap kali selepas kita buat dosa, Allah terus datangkan balasannya secara ‘tunai’. Sebagai contoh, selepas kita melihat aurat perempuan seksi, kemudian Allah beri kepala kita terlanggar tembok atau tiang. Atau selepas kita terlibat dengan dosa, Allah terus kenakan kita dengan penyakit dan kesusahan. Inilah dinamakan hisab segera. 


3. Apabila Allah buat pengiraan hisab di akhirat, ia cepat sahaja. Menunggu di Mahsyar yang lama, sampai keresahan dan kesengsaraan yang amat besar hinggakan semua manusia akan pergi dari satu Rasul ke Rasul yang lain untuk minta Allah percepatkan hisab. Dan apabila Mahkamah Pengadilan dimulakan, ia akan selesai dalam masa setengah hari sahaja. Ada yang kata satu hari dan ada yang kata selama memerah susu sahaja. Bagaimana mungkin Allah lakukan audit yang sebegini? Itulah keagungan kuasa Allah swt. 


#Diriwayatkan pernah Sayidina Ali ditanya tentang hal ini. Beliau jawab sebagaimana Allah mampu untuk memberikan rezeki kepada semua makhlukNya tanpa tertinggal, maka begitu jugalah Allah mampu untuk membuat pengiraan hisab itu serentak. Kita sahaja yang tidak dapat bayangkan kerana ia adalah perkara ghaib dan akal kita tidak mampu mencapai pemahaman itu.


♡Hisablah diri kita sendiri didunia ini sebelum dihisab di hadapan Allah di akhirat kelak. Siapkanlah diri dengan ilmu, iman, amal dan taqwa yang sebenar agar kita terlepas daripada ancaman didunia dan juga di akhirat♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...