☆Tadabbur Kalamullah 1 Jamadil Awwal 1446H☆
لَـٰكِنِ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ رَبَّهُمۡ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣱ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَا نُزُلࣰا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۗ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ خَیۡرࣱ لِّلۡأَبۡرَارِ
"Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan)" [Surah Āali-ʿImrān 198]
#Allah swt mengatakan, orang yang bertaqwa adalah mereka yang istiqamah menjaga hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dalam segenap hal kehidupan mereka, mereka akan memikirkan apakah hukuman dan syariat Allah swt dalam hal itu? Mereka taat kepada hukum Allah kerana mereka takut kepada Allah swt.
#Balasan kepada orang yang bertaqwa itu, mereka akan dikurniakan dengan balasan syurga. Dan Allah swt menyebut tentang sungai-sungai yang mengalir dalam syurga itu sebagai penaik semangat untuk manusia memasukinya.
إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ
"Sesungguhnya Allah swt akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ daripada sutera" [Surah al-Hajj 23]
#Imam Ibnu Kathir rahimahullah ketika mentafsirkan ayat ini mengatakan: "Ia (sungai-sungai) mengalir di dalamnya (Syurga), di seluruhnya dan di bahagian-bahagian sisinya. Sungai-sungai syurga juga mengalir di bawah pokok-pokoknya dan istana-istananya, dan mereka (penduduk Syurga) boleh mengalirkannya ke mana sahaja mereka mahu dan ke arah mana yang mereka kehendaki"
#Demikian keadaan sungai-sungai Syurga, tersangat banyak, tersangat luas, indah, cantik, luar biasa dan hebat.
#Sehinggakan Imam Ibnu Kathir mengatakan bahawa penduduk Syurga boleh mengalirkan sungai-sungai Syurga itu ke mana sahaja mereka mahu dan ke arah mana sahaja mereka kehendaki! Tersangat hebat nikmat kurniaan Allah kepada hambaNya yang bertaqwa.
#Allah swt mengatakan bahawa mereka akan kekal selamanya di dalam syurga. Jika hanya duduk sekejap sahaja di tempat yang baik macam mana pun, itu bukan nikmat sebenar. Sebab kita tahu yang kita tidak akan kekal di dalamnya. Tetapi, Allah memberitahu kita yang penghuni syurga akan kekal di dalamnya. Jadi, penghuni syurga akan rasa tenang menikmati segala nikmat di dalam syurga itu, tanpa perlu risau yang mereka akan dikeluarkan dari tempat itu.
#Ini semua kerana orang yang bertaqwa akan di layan sebagai tetamu istimewa Allah swt. Macam kita, kalau layan tetamu tentu akan lebih sikit dari hari-hari biasa. Ini memberi isyarat yang Allah akan layan penghuni syurga macam layan tetamu istimewa. Kalau kita pergi rumah orang-orang besar sebagai tetamu, tentulah layanan mereka akan hebat bukan? Sekarang Allah swt bagitahu, Dia yang akan menjadi tuan rumah, tentulah layanan kepada tetamuNya itu amat hebat sekali, tidak dapat dibayangkan.
#Apa sahaja kurniaan Allah swt tentulah amat hebat sekali. Dan Allah telah berjanji untuk memberikan kepada mereka yang memiliki hati yang baik, yang berbakti selama mereka hidup di dunia dan sentiasa mentaatiNya.
♡Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang bertaqwa dan dikurniakan kita Syurga serta dapat menikmati keindahan sungai-sungai di Syurga dan segala nikmatnya. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment