Saturday, 15 February 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 17 Syaaban 1446H☆


ٱلَّذِی عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ * عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ یَعۡلَمۡ 


"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" [Surah Al-ʿAlaq 4-5]


#Dalam ayat ini, Allah ‎swt menyebut tentang القَلَمِ (pen). Al-Qalam adalah makhluk pertama yang dicipta oleh Allah swt. Sabda Nabi saw dalam Hadis Qudsi:


إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ القَلَمَ، فَقَالَ: اكْتُبْ، فَقَالَ: مَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبِ القَدَرَ مَا كَانَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الأَبَدِ


"Yang pertama kali Allah ciptakan adalah al-Qalam (pena), lalu Allah berfirman: Tulislah!. Ia bertanya: "Wahai Rabbku apa yang harus aku tulis?". Allah berfirman: "Tulislah takdir segala sesuatu sampai terjadinya Kiamat" (HR Abu Dawud dan at-Tirmizi) 


#Surah ini membicarakan berkenaan dengan ilmu pengetahuan. Allah swt menyebut kalimah Iqra' (bacalah) sebanyak dua kali dan kalimah عَلَّمَ (mengajar) juga sebanyak dua kali dalam surah al-Alaq. Ini sebagai isyarat tentang kepentingan ilmu pengetahuan. 


#Berkata Imam az-Zahabi rahimahullah:


‎وَأَفْضَلُ الذِّكْرِ مَا يَتَعَدَّى إِلَى العبَادِ، وَهُوَ تَعَلِيْمُ العِلْمِ وَالسُّنَّةِ


"Zikir yang paling afdal adalah yang manfaatnya meliputi seluruh manusia. Iaitu mengajarkan ilmu dan juga sunnah" (Lihat: Siyar A’lam an-Nubala’) 


#Kebanyakan ilmu pengetahuan yang disampaikan dari satu generasi ke generasi lainnya adalah disebabkan oleh penulisan manusia yang awal dan menyampaikannya kepada generasi selepasnya. Begitulah kaedah ilmu disampaikan kepada kita. Dengan cara penulisan ilmu itu dapat berkembang. Jika ilmu itu hanya disampaikan melalui lisan sahaja, lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja. 


#Untuk menulis ilmu yang dapat disampaikan kepada manusia selepas kita, memerlukan القَلَمِ (pen/penulisan) dan kerana itulah Allah ‎ sebut al-Qalam dalam ayat ini sebagai satu isyarat kepada kepentingan menulis ilmu yang telah dipelajari atau telah didapati.


#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa beliau berkata:

 

مَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم أَحَدٌ أَكْثَرَ حَدِيْثًا عَنْهُ مِنِّي، إِلَّا مَا كَانَ مِنْ عبدِ اللَّهِ بنِ عَمْرٍو، فَإِنَّهُ كَانَ يَكْتُبُ وَلَا أَكْتُبُ


"Tidak ada daripada sahabat-sahabat Nabi saw yang lebih banyak meriwayatkan hadis daripadaku kecuali Abdullah bin Amr. Sesungguhnya dia lebih banyak daripadaku disebabkan dia menulis dan aku pula tidak menulis" (HR al-Bukhari dan at-Tirmizi) 


#Allah ‎swt juga menyebut kepentingan القَلَمِ ini dalam ayat yang lain. Firman Allah swt:


نۤۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا یَسۡطُرُونَ 


"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis" [Surah al-Qalam 1]


#Ini menunjukkan lagi kepentingan al-Qalam itu. Bukan sahaja manusia menulis dengan al-Qalam, tetapi para malaikat juga menulis dengan al-Qalam, cuma tidaklah kita mengetahui bagaimana pena/penulisan mereka. 


#Benarlah pepatah arab yang mengatakan:

 

العِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ


"Ilmu seperti haiwan buruan dan tulisan adalah yang akan mengikatnya (ilmu)". 


♡Kita sebagai manusia yang sentiasa lupa dan lemah ingatan perlulah menulis atau mencatat segala yang kita pelajari supaya ia tidak hilang dari ingatan kita dan boleh dimanfaatkan kepada generasi berikutnya♡


🐊Ust Naim

*Whatsapp Channel*

Klik link untuk join :

https://bit.ly/tadabburrkalamullah


*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...