Friday, 21 February 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 23 Syaaban 1446H☆


وَٱتَّقُوا۟ فِتۡنَةࣰ لَّا تُصِیبَنَّ ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ مِنكُمۡ خَاۤصَّةࣰۖ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ 


"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya" [Surah Al-Anfāl 25]


#Allah swt banyak menceritakan di dalam al-Quran berkenaan bala bencana yang menimpa umat terdahulu dan orang yang dehaka kepadaNya sebagai peringatan kepada umat Nabi Muhammad saw. Malah bala ini terus berlangsung sehingga kiamat selagimana manusia degil dan melanggari perintah dan larangan Allah swt. 


#Bala juga boleh dimaksudkan sebagai ujian. Fungsi bala dikenakan kepada manusia adalah sebagai peringatan kerana manusia bersikap melampaui batas dan melanggar ketetapan Allah swt.


إِذَا ظَهَرَتْ الْمَعَاصِي فِي أُمَّتِي عَمَّهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعَذَابٍ مِنْ عِنْدِهِ


"Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab, seksa, kepada mereka" (HR Ahmad)


#Saat ini, begitu banyak kejadian menakutkan di sekeliling kita. Ribut petir, angin kencang, banjir kilat di pelbagai tempat, tanah runtuh dan pelbagai penyakit pelik-pelik menjangkiti manusia. 


#Dahulu pada zaman Rasulullah saw, apabila berlakunya gerhana, baginda berkata kepada para sahabat:


فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا


"Sekiranya kamu melihat gerhana berlaku, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, bertakbirlah kamu, dirikanlah solat, serta bersedekahlah" (HR al-Bukhari) 


#Gerhana merupakan suatu kejadian yang menakutkan. Ibn Daqiq al-Eid berpendapat bahawa hadis ini merupakan dalil anjuran bersedekah sekiranya berlaku sesuatu yang menakutkan untuk menghalang bala dari menimpa. (Lihat: Ihkam al-Ahkam)


♡Ambillah peringatan dengan penuh keinsafan agar kita memperbanyakkan zikir kepada Allah, gandakan solat, dan perbanyakkanlah sedekah, moga Allah swt menjauhi kita daripada ditimpa bala dan musibah yang dahsyat♡


🐊Ust Naim

*Whatsapp Channel*

Klik link untuk join :

https://bit.ly/tadabburrkalamullah


*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...