☆Tadabbur Kalamullah 26 Syaaban 1446H☆
وَٱلَّذِی هُوَ یُطۡعِمُنِی وَیَسۡقِینِ
"Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum" [Surah Ash-Shuʿarāʾ 79]
#Allahlah Tuhan yang memberi kita makan dan minum. Oleh itu, kita hendaklah mensyukurinya dengan menyembah dan beribadah hanya kepada Allah swt.
#Dalam hal berkaitan makan dan minum, Islam mengajar adab dan garis panduannya. Imam an-Nawawi dalam kitabnya, al-Azkar mengadakan satu bab khusus yang menerangkan sunnah bercakap dan berbual-bual sambil makan. Beliau menyebutkan, “بابُ استحباب الكَلامِ على الطَّعام” (Bab mengenai anjuran berbicara ketika makan).
#Di antara dalilnya ialah hadis diriwayatkan Sayidina Jabir r.a:
أنَّ النبيَّ صَلّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الأُدُمَ، فَقالوا: ما عِنْدَنا إلّا خَلٌّ، فَدَعا به، فَجَعَلَ يَأْكُلُ به، ويقولُ: نِعْمَ الأُدُمُ الخَلُّ، نِعْمَ الأُدُمُ الخَلُّ
"Nabi saw meminta kepada ahli keluarganya lauk. Mereka menjawab: Kami tidak mempunyai lauk melainkan cuka. Lalu, Baginda meminta supaya dibawakan kepadanya cuka itu dan Baginda pun memakannya sambil bersabda: "Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka" (HR Muslim)
#Imam an-Nawawi menukilkan pula kenyataan Imam al-Ghazali dalam kitab al-Ihya’ bahawa termasuk dalam adab-adab makan adalah bercakap perkara baik semasa makan dan bercerita tentang kisah orang-orang soleh berkaitan makanan dan lain-lain. (Lihat: al-Azkar)
#Berkata Imam Ibn al-Jauzi menyebutkan: "Salah satu adab makan adalah tidak berdiam diri ketika makan, tetapi berbicara perkara baik dan menceritakan kisah orang-orang soleh berkaitan makanan" (Lihat: al-Insaf fi Ma‘rifah al-Rajih min al-Khilaf).
♡Berbicaralah sesuatu yang baik ketika makan kerana ianya anjuran agama. Disamping memastikan makanan yang dimakan adalah halal dan toyyibah♡
🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment