Wednesday, 5 March 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1446H☆


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183] 


#Antara kelebihan orang yang berpuasa ialah dimakbulkan doanya. Maka sewajarnya kita mengambil manfaat daripada peluang keemasan ini untuk banyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah swt di sepanjang Ramadhan ini. 


#Sabda Nabi saw:


ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ


"Tiga orang yang doanya tidak tertolak: Orang yang berpuasa sampai ia berbuka, Pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi" (HR at-Tirmizi. Hadis Hasan) 


#Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan: Hadis ini menunjukkan bahawa disunnahkan bagi orang yang berpuasa untuk berdoa dari awal ia berpuasa hingga akhirnya kerana ia dinamakan orang yang berpuasa ketika itu" (Lihat: al-Majmu') 


#Imam an-Nawawi rahimahullah  berkata lagi: "Disunnahkan bagi orang yang berpuasa ketika ia dalam keadaan berpuasa untuk berdoa demi keperluan akhirat dan dunianya, juga pada perkara yang ia sukai serta jangan lupa pula untuk mendoakan kaum muslimin lainnya" (Lihat: al-Majmu') 


#Dalam hadis yang lain daripada Sayidina Jabir bin Abdillah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:


إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ


"Sesungguhnya Allah swt membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan,dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa maka pasti dikabulkan" (HR al-Bazzar. Imam al-Haitsami mengatakan bahawa perawinya tsiqah) 


#Antara doa yang sampai kepada kita daripada para sahabat berkaitan persediaan mereka menyambut Ramadhan ialah doa Sayidina Umar Ibn Khattab r.a:


اللهمَّ زِدْنا ولا تَنقُصْنا وأَكرِمْنا ولا تُهِنَّا وأَعطِنا ولا تَحرِمْنا وآثِرْنا ولا تُؤثِرْ علينا وارضَ عنَّا وأَرضِنا


Ya Allah! Tambahkan kami, jangan Engkau kurangkan. Muliakan kami, jangan Engkau hinakan, Kurniakan (nikmat) kepada kami, jangan haramkan kami (mendapatkanya). Berilah kelebihan kepada kami, jangan (sebaliknya) Engkau tidak memperdulikan kami. Radhailah kami dan jangan Engkau jadikan kami hilang perasaan redha (terhadap) ketentuan Engkau" (Lihat: Musnad Imam Ahmad) 


#Doa yang dipanjatkan oleh Sayidina Usaid bin Abi Talib r.a:


اللهمَّ أحسنْ عاقبتَنَا في الأمورِ كلِّها، وأجرْنَا منْ خِزْيِ الدنْيَا وعذابِ الآخرةِ


"Ya Allah! Perelokkanlah buat kami akibat segala sesuatu, kurniakan ganjaran baik kepada kami di atas kesusahan dunia dan daripada azab di akhirat" (Lihat: Al-Jami’ al-Saghir, Imam as-Suyuti) 


#Sayidina Husain bin Ali r.a pernah berdoa (Lihat: Sahih Ibnu Hibban) 


اللَّهمَّ اهدِنا فيمَنْ هدَيْتَ وعافِنا فيمَنْ عافَيْتَ وتولَّنا فيمَنْ تولَّيْتَ وبارِكْ لنا فيما أعطَيْتَ وقِنا شرَّ ما قضَيْتَ إنَّك تَقضي ولا يُقضَى عليكَ إنَّه لا يذِلُّ مَن والَيْتَ تبارَكْتَ وتعالَيْتَ


♡Jom perbanyakkan berdoa memohon kesejahteraan dan kebahagiaan dunia akhirat disamping berharap agar bertemu Lailatul Qadar serta beroleh ganjaran syurgaNya. Aamiiin♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...