☆Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1446H☆
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]
#Allah mewajibkan umat Islam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Ada yang taat melakukan dengan penuh kesungguhan dan kesabaran. Ada yang derhaka dengan mengabaikan perintah Allah lalu tidak berpuasa bahkan melakukan maksiat disepanjang Ramadhan.
#Ketahuilah bahawa ganjaran pahala di sebalik amalan puasa (baik yang wajib dan sunat) amat luar biasa sekali. Semoga dengan mengetahui hal ini orang yang taat semakin bersemangat menjalankan ibadah tersebut dengan penuh ikhlas dengan mengharap keredhaan Allah swt. Bahkan bagi penderhaka menginsafi diri dan kembali bertaubat.
#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Baginda saw bersabda:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
"Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang seumpamanya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah swt berfirman: "Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau aroma minyak kasturi" (HR Muslim)
#Dalam riwayat yang lain:
قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامَ، فَإِنَّهُ لِى
Allah swt berfirman: "Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Amalan puasa adalah untukKu" (HR al-Bukhari)
#Dalam riwayat Imam Ahmad dikatakan:
قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ الْعَمَلِ كَفَّارَةٌ إِلاَّ الصَّوْمَ وَالصَّوْمُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ
Allah ‘Azza wa jalla berfirman: "Setiap amalan adalah sebagai kaffarah/tebusan kecuali amalan puasa. Amalan puasa adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya".
#Berkata Imam Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah: "Pada hari kiamat nanti, Allah swt akan menghisab hambaNya. Setiap amalan akan menebus berbagai macam kezaliman yang pernah dilakukan, hingga tidak tersisa satu pun kecuali satu amalan iaitu puasa. Amalan puasa ini akan Allah simpan dan akhirnya Allah memasukkan orang tersebut ke dalam syurga".
#Kebahagiaan ketika seorang hamba berjumpa dengan Rabbnya iaitu dia akan melihat pahala amalan puasa yang dia lakukan tersimpan di sisi Allah. Itulah ganjaran besar yang sangat dia perlukan.
#Allah swt berfirman:
وَمَا تُقَدِّمُوا لأنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا
“Dan kebaikan apa sahaja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya" [Surah al-Muzzammil 20)
يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُحْضَرًا
"Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (dimukanya)" [Surah Aali Imran 30)
♡Puasa adalah ibadah yang istimewa dan memiliki nilai yang tinggi di sisi Allah swt bahkan dikurniakan pahala yang tidak dapat dikira kerana terlalu banyak oleh Allah swt. Allah sendiri yang memberi ganjaran langsung kepada orang yang berpuasa, menunjukkan penghargaan khusus untuk amalan ini berbanding ibadah-ibadah lain. Puasa jangan tak puasa!!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment