☆Tadabbur Kalamullah 12 Syawwal 1446H☆
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًۭا مُّهِينًۭا ٥٧ وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ بِغَيْرِ مَا ٱكْتَسَبُوا۟ فَقَدِ ٱحْتَمَلُوا۟ بُهْتَـٰنًۭا وَإِثْمًۭا مُّبِينًۭا
"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata" [Surah al-Ahzab 57-58]
#Pada asasnya, seseorang Muslim hendaklah memuliakan Allah dan RasulNya, Nabi Muhammad saw, serta tidak melakukan sesuatu yang boleh dilihat merendahkan atau menghina kedudukan Allah swt mahupun Baginda saw.
#Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebutkan bahawa Allah swt memperingatkan dan mengancam orang yang menyakiti Allah dengan menentang perintah-perintahNya dan melanggar larangan-laranganNya serta tiada henti-hentinya melakukan hal tersebut, juga menyakiti RasulNya dengan mencelanya atau merendahkan martabatnya" (Lihat: Tafsir Ibn Kathir)
#Bagi sesiapa sahaja yang menghina atau memperlekehkan Allah dan RasulNya, mereka akan di laknat dan dihina oleh Allah swt. Firman Allah swt:
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا
"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina" [Surah al-Ahzab 57]
#Imam Ibn Kathir menyebutkan dalam tafsirnya, Allah swt menjauhkan mereka daripada rahmatNya di dunia dan di akhirat, serta menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan mereka kekal di dalam azab itu selama-lamanya. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir)
#Imam Abu Ya’qub Ishaq bin Ibrahim al-Handzhali yang dikenal dengan Ibnu Rahawaih dan dia adalah salah satu imam yang sekelas dengan Imam as-Syafi’i dan Imam Ahmad berkata: "Kaum muslimin telah berijma’ bahawa siapa yang mencela Allah swt dan mencela RasulNya saw atau menolak sesuatu dari apa yang diturunkan oleh Allah atau membunuh seorang nabi dari nabi-nabi Allah, dia menjadi kafir dengan perbuatannya tersebut, meskipun dia menetapkan apa-apa yang Allah turunkan".
#Begitu juga dikatakan oleh Muhammad bin Sahnun, merupakan salah satu imam yang termasuk dalam kalangan sahabat Imam Malik dan zamannya berdekatan dengan tabaqat ini: "Para ulamak bersepakat bahawa orang yang mencela Nabi saw dan merosak kehormatannya adalah menjadi orang kafir dan diancam untuk mendapatkan azab daripada Allah swt. Dan hukumannya di kalangan umat ini adalah dia dibunuh. Barang siapa yang ragu akan kekafirannya dan pengazabannya maka dia kafir".
#Firman Allah swt:
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ * لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ
"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?". Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kafir sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah" [Surah at-Taubah 65-66]
♡Orang yang mencela Allah dan RasulNya dihukum sebagai orang yang murtad (terkeluar dari agama Islam) dan halal darahnya. Insaf dan bertaubatlah♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment