☆Tadabbur Kalamullah 15 Syawwal 1446H☆
فَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا۟ ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ
"Maka dengan itu, beristiqamahlah kamu di jalan yang benar; seperti yang diperintahkan kepada kamu dan orang yang bertaubat bersamamu; dan janganlah sesekali melampaui batas-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Melihat setiap apa yang kamu lakukan" [Surah Hud 112]
#Istiqamah bermaksud menjalankan sesuatu suruhan secara terus menerus termasuk urusan agama. Istiqamah ialah komited dengan sentiasa melazimkan diri mentaati Allah swt.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Amru atau digelar juga Sayidina Abu ‘Amrah Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi r.a, katanya: Aku berkata:
يَا رَسُوْلَ اللهِ! قُلْ لِي فِي الإسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَكَ. قالَ: قُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ
"Wahai Rasulullah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam, perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selainmu.” Sabda Baginda: Katakanlah آمَنْتُ بِالله (Aku beriman kepada Allah) kemudian istiqamahlah" (HR Muslim, al-Baihaqi, Ahmad dan al-Daraqutni)
#Sekiranya selepas Ramadhan ini kita masih melakukan puasa sunat, berterusan membaca al-Quran, melakukan qiyamullail, mendirikan solat secara berjemaah, bergembiralah bahawa yang demikian itu merupakan sebahagian petanda amalan kita diterima.
#Berkata al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah:
أنّ معاودة الصّيام بعد صيام رمضان علامة على قبول صوم رمضان؛ فإنّ الله تعالى إذا تقبّل عمل عبد وفّقه لعمل صالح بعده
"Sesungguhnya kembali berpuasa sunat setelah berpuasa Ramadhan merupakan petanda diterimanya puasa Ramadhan. Sesungguhnya Allah swt apabila Dia menerima amalan seseorang hamba, Dia akan memberikan taufiq kepadanya untuk melakukan amalan soleh sesudahnya".
#Kemudian Ibnu Rajab kongsikan pendapat para ulamak yang menyebut:
ثواب الحسنة الحسنة بعدها، فمن عمل حسنة ثم أتبعها بحسنة بعدها، كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى
"Ganjaran bagi kebaikan adalah kebaikan yang dilakukan sesudahnya. Sesiapa yang melakukan kebaikan, kemudian dia susuli dengan pelaksanaan kebaikan sesudahnya, maka yang demikian itu merupakan petanda diterimanya kebaikan yang pertama".
كما أنّ من عمل حسنة، ثم أتبعها بسيئة، كان ذلك علامة ردّ الحسنة وعدم قبولها
"Sebagaimana mereka yang mengamalkan kebaikan, kemudian dia menyusulinya dengan amalan kejahatan, maka yang demikian itu merupakan petanda ditolaknya kebaikan yang dilakukan serta petanda tidak diterimanya ia di sisi Tuhan" ( Lata’if al-Ma’arif)
#Al-Wasiti berkata: "Istiqamah adalah sifat yang menyempurnakan segala kebaikan".
♡Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang istiqamah dan sentiasa mentaatiNya hingga datang kematian. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment