Saturday, 26 April 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 27 Syawwal 1446H☆


وَثِیَابَكَ فَطَهِّرۡ 


"Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan" [Surah al-Muddaththir 4]


#Islam menekankan aspek kebersihan dalam berpakaian. Islam tidak menolak sebarang bentuk urusan atau sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kecantikan termasuklah dalam hal berkaitan tatacara berpakaian. Bahkan Islam sendiri menitik beratkan setiap perkara agar dilakukan dengan cantik, dalam keadaan yang baik dan elok, serta menjaga kebersihan. 


#Islam tidak menetapkan secara khusus bagaimana bentuk pemakaian bagi seseorang Muslim atau Muslimah seperti perlu memakai kain buatan apa, jenis apa, berapa helai, warna apa dan sebagainya. 


#Kreativiti dalam pemakaian adalah terserah kepada individu tersebut mengikut kesesuaian tempat dan masanya selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak. Perkara tersebut termasuk dalam urusan keduniaan yang Rasulullah saw menyerahkan kreativitinya kepada manusia itu sendiri untuk berfikir. Apa yang Islam tekankan ialah konsep takwa, menutup aurat dan menjaga kebersihan dalam berpakaian. 


#Disebutkan bahawa dalam hal berpakaian, Imam Malik sangat memerhatikan pakaian yang digunakannya. Bagi beliau, memakai pakaian bagus adalah salah satu bentuk kemuliaan terhadap ilmu dan orang yang berilmu. Bagi beliau, memakai pakaian bagus adalah lambang dari tingginya wibawa orang berilmu. Oleh kerana itu, Imam Malik selalu tampil dengan pakaian dan serban yang paling bagus dan mahal. 


#Pakaian yang sangat disukai Imam Malik adalah pakaian yang berwarna putih terang. Pakaian beliau adalah pakaian paling bagus dan paling mahal yang diimport dari Khurasan, Mesir, dan daerah lainnya yang terkenal menghasilkan pakaian berkualiti.


#Gaya berpakaian dan gaya hidup Imam Malik ini bukan kerana ingin hidup bermewah-mewahan semata. Namun beliau ingin mengajar kita untuk hidup dengan status yang mulia, sehingga tidak dipandang sebelah mata. Beliau ingin agar orang berilmu hidup mulia dan disegani.


#Berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:


مَا أُحِبُّ لِأَحَدٍ أَنْعَمَ اللهُ عَلَيْهِ إِلَّا وَيُرَى أَثَرُ نِعْمَتِهِ عَلَيْهِ، وَخَاصَةً أَهْلُ الْعِلْمِ، يَنْبَغِي لَهُمْ أَنْ يُظْهِرُوْا مُرُوآتَهُمْ فِيْ ثِيَابِهِمْ إِجْلَالًا لِلْعِلْمِ


"Tidaklah aku menyukai seseorang yang telah diberi nikmat oleh Allah, kecuali agar nikmat itu diperlihatkan. Terlebih lagi untuk orang yang berilmu, hendaklah bagi mereka untuk memelihara maruahnya dalam hal berpakaian, demi untuk memuliakan ilmu pengetahuan". 


♡Pakaian yang bersih dan dipakai atas dasar taqwa memiliki nilai yang besar bagi pemakainya disisi Allah swt♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...