Saturday, 17 May 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 20 Zulkaedah 1446H☆


ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ


"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" [Surah al-Baqarah 2]


#Berkata Sheikh Mustafa al-Maraghi: "Al-Quran mengandungi hidayah yang mana ianya menuntun mereka yang mencari kebenaran dan petunjuk. Ianya membawa kebahagiaan kepada mereka di dunia dan di akhirat" (Lihat: Tafsir Al-Maraghi) 


#Sesiapa yang hidupnya sentiasa membaca al-Quran, mengikuti al-Quran dan menjadikannya panduan serta pedoman nescaya di akhirat kelak akan beroleh syafaat, bantuan dan pertolongan daripada al-Quran. 


#Sabda Nabi saw:


يَجِيءُ الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَالرَّجُلِ الشَّاحِبِ, فَيَقُولُ: أَنَا الَّذِي أَسْهَرْتُ لَيْلَكَ، وَأَظْمَأْتُ نَهَارَكَ


"Al-Quran datang pada hari kiamat kelas seperti seorang lelaki yang kekuningan tubuhnya lalu dia berkata: Akulah yang menyebabkan engkau bangun malam dan menyebabkan engkau dahaga di siang harimu" (HR Ahmad, Ibnu Majah dan at-Tabrani. Hadis Hasan) 


#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Umamah al-Bahili r.a bahawa Nabi saw bersabda: "Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya merupakan suatu keberkatan dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya" (HR Muslim) 


#Tersebut juga dalam hadis yang lain:


يَجِيءُ الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَقُولُ يَا رَبِّ حَلِّهِ فَيُلْبَسُ تَاجَ الْكَرَامَةِ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ زِدْهُ فَيُلْبَسُ حُلَّةَ الْكَرَامَةِ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ ارْضَ عَنْهُ فَيَرْضَى عَنْهُ فَيُقَالُ لَهُ اقْرَأْ وَارْقَ وَتُزَادُ بِكُلِّ آيَةٍ حَسَنَةً


"Al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak. Lalu ia berkata: Wahai Tuhan pakaikanlah (pakaian) kepadanya. Maka orang tersebut dipakaikan mahkota kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata lagi: Wahai Tuhan, tambahkanlah. Maka orang tersebut dipakaikan dengan pakaian kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata: Wahai Tuhan redhalah terhadapnya. Maka Allah pun redha kepada orang tersebut. Disebut kepadanya: Bacalah Al-Quran dan naiklah.  Maka ditambahkan bagi setiap ayat satu kebaikan" (HR at-Tirmizi) 


#Banyak lagi hadis yang semisal dengan hadis-hadis diatas menyebut tentang kemuliaan orang yang hidup berpandukan al-Quran. Namun begitu, adakah jika Al-Quran datang dalam bentuk lelaki, burung dan sebagainya bermakna al-Quran adalah makhluk?. Sudah tentu tidak. Para ulamak cuba menghuraikan apa yang disebutkan oleh Nabi saw. Di antara yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi. Beliau menyebut:


المُراَدُ أَنَّ ثَوَابَهُما يَأتِي كَغُمَامَتَينِ


"Yang dimaksudkan dengan hadis tersebut adalah pahala dari bacaan al-Quran datang dalam bentuk awan dan sebagainya" (Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim)


#Imam Abdul Rauf Al-Munawi menjelaskan bahawa yang datang seperti mana yang disebutkan di dalam hadis ialah pahala yang layak diganjarkan kepada orang yang membaca dan beramal dengannya. (Lihat: Faidh Al-Qadir Fi Syarh Al-Jami’ Al-Saghir)


♡Begitulah hebatnya pahala yang layak diberikan kepada mereka yang membaca dan beramal dengan al-Quran. Pahala-pahala itu nantinya akan datang dalam bentuk yang pelbagai untuk menjadi hujah di hadapan Allah menyelamatkan pengamalnya. Ia juga menjadi seperti awan yang menaungi para pembacanya dari kepanasan hari akhirat. Jom baca, beramal dan hidup dengan al-Quran♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...