Wednesday, 25 June 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 28 Zulhijjah 1446H☆


ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ یَوۡمَىِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِیمِ 


"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!" [Surah at-Takāthur 8]


#Ayat ini tersangat sering kita baca atau kita dengar. Terdapat 1001 keinsafan dan pengajaran yang boleh kita hayati dan jadikan pedoman hidup jika benar-benar ditelusuri dan difahami. 


#Berkaitan ayat ini, terdapat sebuah riwayat, disebutkan bahawa Baginda Rasulullah saw sering dilanda rasa lapar kerana sering kali baginda tidak mendapati makanan di rumahnya. Ketika tidak ada makanan di rumah baginda, maka baginda pun berpuasa. Baginda saw tidak sedih atau resah gelisah kerana 'musibah' rasa lapar itu. Ketika mana ada sahabat yang mengirim kurma kepada baginda saw, Baginda bukannya bergembira, malah kelihatan sedih dan resah seraya mengingatkan kembali ayat di atas.


#Begitulah sikap Rasulullah saw ketika mendapatkan nikmat. Mengapa? Ini kerana ianya terkait dengan nikmat yang Allah berikan kepada manusia, sekecil apa pun akan diminta pertanggungjawapan. Sekecil mana pun akan ditanya dan dihisab di mahsyar kelak. Nikmat yang dimaksudkan tentu sahaja berkaitan seluruh kelazatan dunia. (Lihat: as-Suyuthi, Durr al-Mantsur)


#Namun, hal ini jauh berbeza antara kita dengan Baginda Rasulullah saw. Kita seringkali teramat sedih saat kenikmatan terlepas atau hilang dari diri kita. Sebaliknya, kita terlalu bergembira ketika mana kenikmatan itu datang menghampiri kita. Kita lupa bahawa seluruh kenikmatan itu kita akan diminta pertanggungjawapan di akhirat kelak. Kita akan ditanya dan disoal dengan sedetailnya tentang nikmat yang kita peroleh. 


#Baginda Rasulullah saw sering mengingatkan kita tentang nikmat yang akan dipersoalkan. Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Masud r.a, Nabi saw bersabda: “Kaki anak Adam tidak akan bergerak di hadapan Rabbnya pada hari kiamat nanti sebelum ditanya tentang lima perkara, iaitu tentang umurnya bagaimana ia lalui, masa mudanya bagaimana ia habiskan, hartanya dari mana ia dapatkan dan ia belanjakan, serta tentang apa yang telah ia amalkan dari ilmu yang ia miliki" (HR at-Tirmizi)


#Dalam hadis yang lain Sayidina Abdullah bin Abbas r.a saw disebutkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: "Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang" (HR al-Bukhari) 


#Sejauh mana kesihatan dan waktu lapang itu kita manfaatkan, apakah untuk kebaikan atau keburukan? Apakah untuk memperbanyakkan amal soleh atau amal salah? Apakah untuk taat atau untuk maksiat?


#Bagaimana pula dengan nikmat harta? Sedikitnya harta kita, ia tetap akan dipersoalkan dan diminta pertanggungjawapan, dari mana peroleh dan untuk apa dibelanjakan? Apalagi jika harta kita melimpah, tentu akan lebih banyak lagi pertanyaan Allah swt kepada kita pada hari akhirat kelak.


♡Selamat bermuhasabah dan menyediakan jawapan untuk menjawab segala persoalan dihadapan Allah swt nanti. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiiin♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




 Tanda Taubat yang Bersungguh-Sungguh: Sempurnakanlah Solatmu


Taubat bukan sekadar ungkapan penyesalan di lidah. Ia memerlukan bukti melalui amal. Di antara tanda paling jelas seseorang benar-benar ingin kembali kepada Allah Ta‘ala ialah kesungguhan memperbaiki solatnya — bukan sekadar mendirikan solat, tetapi menyempurnakannya dalam bentuk zahir dan batin.


Firman Allah Ta‘ala:


‎وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ

“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

(Surah Ṭāhā: 14)


1. Solat Berjemaah Lima Waktu


‎وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ

“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.”

(Surah al-Baqarah: 43)


Rasulullah ﷺ bersabda:


‎صَلَاةُ الجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

“Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”

(HR. al-Bukhārī dan Muslim)


Imam Ibn Qayyim rahimahullah berkata:


“Solat berjemaah itu adalah syiar Islam yang terbesar, dan tidak ada yang meninggalkannya melainkan orang yang jelas nifaknya atau malas yang besar.”

(al-Salāh wa Ḥukm Tārikihā, Ibn Qayyim)


2. Menjaga Solat Sunat Qabliyah dan Ba’diyah


Rasulullah ﷺ bersabda:


‎مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا، بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Sesiapa yang solat dalam sehari semalam 12 rakaat solat sunat (rawatib), dibangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.”

(HR. Muslim)


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:

قال رسول الله ﷺ:


“إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ صَلُحَ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ، فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ، قَالَ الرَّبُّ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ؟ فَيُكَمَّلُ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الْفَرِيضَةِ، ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ.”


Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:


“Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba pada Hari Kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka seluruh amalnya menjadi baik; dan jika solatnya rosak, maka seluruh amalnya juga menjadi rosak.


Jika terdapat kekurangan dalam solat fardunya, Allah berfirman: ‘Lihatlah, adakah hamba-Ku mempunyai solat sunat?’ Maka solat sunat itu akan digunakan untuk menyempurnakan kekurangan dalam solat fardunya. Kemudian, seluruh amalnya akan dihisab dengan cara yang sama.”


Riwayat Abu Dawud (no. 864), al-Nasa’i (no. 465), dan al-Tirmidhi (no. 413).


3. Berzikir dan Berdoa Selepas Solat


Firman Allah Ta‘ala:


‎فَإِذَا قَضَيْتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ قِيَـٰمًۭا وَقُعُودًۭا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ

“Apabila kamu telah selesai solat, maka ingatlah Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring.”

(Surah an-Nisā’: 103)


Rasulullah ﷺ bersabda:


‎مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلاثًا وَثَلَاثِينَ، وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاثًا وَثَلَاثِينَ، وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاثًا وَثَلَاثِينَ، وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ: لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ… غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

“Barangsiapa berzikir (tasbih, tahmid, takbir) 33 kali selepas solat dan menyempurnakan 100 dengan tahlil, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”

(HR. Muslim)


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قِيلَ لِرَسُولِ اللهِ ﷺ أَيُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ؟ قَالَ:

«جَوْفُ اللَّيْلِ الْآخِرِ، وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ»


Abu Umamah berkata: Telah ditanya kepada Rasulullah ﷺ: “Doa yang bagaimana paling didengari (oleh Allah Ta‘ala)?”

Baginda menjawab:

“Pada sepertiga malam terakhir, dan selepas solat-solat fardu yang diwajibkan.”


Riwayat al-Tirmidhi (3499)


4. Solat Di Awal Waktu


Firman Allah Ta‘ala:


‎إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًۭا مَّوْقُوتًۭا

“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

(Surah an-Nisā’: 103)


Apabila Rasulullah ﷺ ditanya tentang amalan paling afdhal:


‎قَالَ: الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا

“Baginda menjawab: Solat pada waktunya.”

(HR. al-Bukhārī dan Muslim)


5. Khusyu’ Dalam Solat





Firman Allah Ta‘ala:


‎قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ۝ ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَـٰشِعُونَ

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka.”

(Surah al-Mu’minūn: 1–2)


Imam Ibn Kathīr rahimahullah menafsirkan:


“Khusyuk dalam solat ialah hadirnya hati dan tenangnya anggota dengan tunduk kepada Allah.”

(Tafsīr Ibn Kathīr, 5/456)


6. Ikhlaskan Hati Dalam Solat


Firman Allah Ta‘ala:


‎وَمَا أُمِرُوا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ

“Dan mereka tidak diperintahkan melainkan agar menyembah Allah dengan ikhlas kepada-Nya dalam agama.”

(Surah al-Bayyinah: 5)


Rasulullah ﷺ bersabda:


‎إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat.”

(HR. al-Bukhārī dan Muslim)


حديث عمار بن ياسر رضي الله عنه:


إِنَّ الرَّجُلَ لَيَنْصَرِفُ، وَمَا كُتِبَ لَهُ إِلَّا عُشْرُ صَلَاتِهِ، تُسْعُهَا، ثُمُنُهَا، سُبْعُهَا، سُدُسُهَا، خُمُسُهَا، رُبُعُهَا، ثُلُثُهَا، نِصْفُهَا


“Seseorang itu selesai dari solatnya, namun tidak ditulis untuknya kecuali satu persepuluh daripada solatnya, atau satu persembilan, atau satu perlapan, atau satu pertujuh, atau satu perenam, atau satu perlima, atau satu perempat, atau satu pertiga, atau separuhnya (sahaja).”


Riwayat Abu Dawud (796)


Menunjukkan nilai solat bergantung kepada keikhlasan dan khusyuk.


7. Ingat Mati Dalam Solat


Sabda Rasulullah ﷺ:


‎اذْكُرِ الْمَوْتَ فِي صَلاَتِكَ، فَإِنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ الْمَوْتَ فِي صَلاَتِهِ لَحَرِيٌّ أَنْ يُحْسِنَ صَلاَتَهُ

“Ingatlah kematian dalam solatmu, kerana apabila seseorang mengingati mati dalam solatnya, dia pasti akan membaguskan solatnya.”

(HR. al-Suyūtī dalam al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, hasan lighayrih)


Taubat sebenar bukan hanya di lisan, tetapi terzahir melalui perbaikan ibadah khususnya solat. Seseorang yang benar-benar kembali kepada Allah Ta‘ala akan:

 • Bersungguh menjaga solat wajib secara berjemaah

 • Menambah solat sunat sebagai bukti cinta

 • Berzikir dan berdoa sebagai tanda rindu dan pergantungan kepada Allah

 • Menjaga awal waktu dan menunaikannya dengan khusyu’ dan ikhlas

 • Menjadikan kematian sebagai muhasabah dalam setiap sujud


Justeru, barangsiapa mendakwa telah bertaubat tetapi masih lalai dalam solatnya, maka belum sempurna taubatnya. Allah Ta‘ala telah menjadikan solat sebagai tiang agama — maka siapa yang benar-benar ingin kembali kepada-Nya, perbaikilah tiang itu terlebih dahulu.


‎وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَـٰشِعِينَ

“Mohonlah pertolongan (dari Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk.”

(Surah al-Baqarah: 45)


ABi



Friday, 13 June 2025




 *Tentang Kondisi Lansia Yang Perlu Diketahui*


Direktur Rumah Sakit Beijing Memberikan Lima Kalimat kepada Lansia: *Banyak "Penyakit" Bukanlah Penyakit, Melainkan Proses Penuaan Normal.*


1. Ini bukan penyakit, kamu hanya sudah tua.


2. Banyak hal yang kamu pikir sebagai "penyakit" bukanlah penyakit, melainkan sinyal tubuh yang menua.


3. "Kehilangan ingatan" bukanlah penyakit Alzheimer, melainkan mekanisme pelindung otak saat tua. Jangan takut sendiri. Ini adalah otak yang menua, bukan penyakit. Jika kamu hanya lupa di mana meletakkan kunci, tapi masih bisa menemukannya sendiri, maka itu bukanlah demensia.


4. "Berjalan lambat dan kaki tidak stabil" bukanlah kelumpuhan, melainkan degradasi otot. Solusinya bukan minum obat, tapi bergerak.


5. "Tidak bisa tidur" bukanlah insomnia, melainkan penyesuaian ritme otak. Ini bukan penyakit, melainkan perubahan "struktur tidur". Jangan sembarangan minum obat tidur. Ketergantungan pada obat tidur dapat meningkatkan risiko jatuh, gangguan kognitif, dan lain-lain. "Obat tidur" terbaik bagi lansia adalah berjemur di bawah sinar matahari siang hari dan menjaga ritme harian yang teratur.


6. "Sakit di sekujur tubuh" bukanlah rematik, melainkan reaksi normal penuaan saraf. Banyak lansia yang mengatakan, "Saya merasa sakit di semua bagian tubuh, apakah itu rematik atau pertumbuhan tulang?" Tulang memang bisa menjadi lemah dan tipis, tapi 99% "sakit di sekujur tubuh" bukanlah penyakit, melainkan perlambatan konduksi saraf dan peningkatan sensitivitas rasa sakit. Ini disebut "sensitisasi sentral", yang merupakan perubahan fisiologis umum pada lansia. Obat penghilang rasa sakit bukanlah solusi, melainkan olahraga dan terapi fisik. Anda bisa mencoba "merendam kaki + mengompres hangat sebelum tidur + pijat ringan", yang jauh lebih efektif daripada minum obat.


7. "Hasil tes kesehatan yang abnormal" bukanlah penyakit, melainkan standar indikator yang tidak diperbarui. Organisasi Kesehatan Dunia menyarankan agar hasil tes kesehatan untuk lansia diperlakukan dengan lebih longgar. Hal yang sama berlaku untuk kadar kolesterol. Lansia dengan kadar kolesterol sedikit lebih tinggi ternyata memiliki umur yang lebih panjang. Karena kolesterol adalah bahan baku untuk sintesis hormon dan membran sel, kadar yang terlalu rendah dapat menyebabkan penurunan kekebalan tubuh. Panduan Pencegahan dan Pengobatan Hipertensi di China juga secara eksplisit menyatakan bahwa target tekanan darah untuk lansia adalah <150/90 mmHg, bukan standar <140/90 untuk orang muda.


Jangan menganggap "penuaan" sebagai "penyakit", jangan menganggap "perubahan" sebagai "penyakit". Penuaan bukanlah penyakit, melainkan jalan yang harus dilalui.


Ada beberapa hal yang perlu diingat oleh lansia dan anak-anak mereka:


Pertama, ingatlah bahwa tidak semua ketidaknyamanan adalah penyakit.


Kedua, lansia paling takut dengan "ketakutan", jangan takut dengan hasil tes kesehatan yang buruk, dan jangan tertipu oleh iklan.


Ketiga, hal yang paling penting bagi anak-anak untuk dilakukan bukanlah membawa orang tua ke rumah sakit, melainkan menemani mereka berjalan-jalan, berjemur di bawah sinar matahari, makan, dan berbicara. Penuaan bukanlah musuh, melainkan kesalahan persepsi yang harus dilawan.


Semoga bermanfaat.

  PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Apabila Sakit  عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّهُ...