Friday, 11 July 2025

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Kelebihan Surah Al-Mulk


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ :ضَرَبَ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم خِبَاءَهُ عَلَى قَبْرٍ وَهُوَ لَا يَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا، فَأَتَى النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لَا أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :هِيَ الْمَانِعَةُ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ


Daripada Ibnu ‘Abbas RA, beliau berkata: “Seorang sahabat Nabi SAW telah mendirikan khemahnya di atas sebuah kubur tanpa dia mengetahui bahawa ia adalah sebuah kubur. Tiba-tiba dia mendengar seseorang di dalam kubur itu sedang membaca Surah Tabarak allazi biyadihi al-Mulk (Surah Al-Mulk) sehingga selesai. Lalu dia datang kepada Rasulullah SAW dan berkata:

‘Wahai Rasulullah, aku telah mendirikan khemahku di atas sebuah kubur dan aku tidak tahu bahawa ia adalah kubur. Tiba-tiba aku mendengar seseorang membaca Surah Al-Mulk sehingga selesai.’ Maka Rasulullah SAW bersabda: ‘Itulah surah yang menghalang, itulah yang menyelamatkan, ia menyelamatkannya daripada azab kubur.’” (HR Tirmizi No: 2890) Status Hadis Hasan


Pengajaran:


1.  Membaca Surah al-Mulk secara konsisten setiap malam sebelum tidur adalah sunnah yang membawa manfaat besar semasa di alam barzakh kelak.


2.  Surah al-Mulk menyentuh tentang kekuasaan Allah, peringatan tentang akhirat, dan azab bagi yang ingkar.


3.  Surah al-Mulk yang menjadi rutin di baca setiap malam akan menjadi pemberi syafaat kepada pembaca, menghalangnya daripada azab kubur dan menjadi penyelamat daripada api neraka.


4.  Hormati kawasan perkuburan dan elakkan daripada melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya seperti berjalan sesuka hati di atas kubur, menjadikan atas kubur sebagai tempat tinggal dan sebagainya.


Membangun Ummah Madani


#BangunkanJiwaTaqwa

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

#PalestinMerdeka


15hb Muharam 1447H

11hb Julai 2025


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram





No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...