☆Tadabbur Kalamullah 16 Muharram 1447H☆
وَیَوۡمَ یَحۡشُرُهُمۡ كَأَن لَّمۡ یَلۡبَثُوۤا۟ إِلَّا سَاعَةࣰ مِّنَ ٱلنَّهَارِ یَتَعَارَفُونَ بَیۡنَهُمۡۚ قَدۡ خَسِرَ ٱلَّذِینَ كَذَّبُوا۟ بِلِقَاۤءِ ٱللَّهِ وَمَا كَانُوا۟ مُهۡتَدِینَ
"Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia)" [Surah Yūnus 45]
#Apabila Allah swt menyebut يَوْمَ (tentang hari itu), ia bermaksud Allah swt suruh kita beringat-ingat. Allah swt juga suruh kita mengingatkan orang lain tentangnya. Hari yang dimaksudkan dalam ini adalah hari di Mahsyar.
#Berkumpul di Mahsyar itu terlalu lama sampaikan jika dibandingkan penungguan kita di Mahsyar itu dengan seluruh kehidupan kita di dunia, kehidupan di dunia itu hanya seperti satu jam sahaja.
#Waktu itu manusia akan terpinga-pinga dan bertanyaan sesama sendiri berapa lama mereka tinggal di dunia (bumi) kerana lama sangat mereka di Mahsyar itu. Jika ditanya pun mereka tidak akan dapat agak.
#Firman Allah swt:
قَـٰلَ كَمۡ لَبِثۡتُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ عَدَدَ سِنِینَ
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"
قَالُوا۟ لَبِثۡنَا یَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ یَوۡمࣲ فَسۡـَٔلِ ٱلۡعَاۤدِّینَ
"Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung"
قَـٰلَ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا قَلِیلࣰاۖ لَّوۡ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)" [Surah al-Muʾminūn 112-114]
#Pengajaran bagi kita, bahawa kehidupan dunia ini sebentar sahaja. Kita sekarang mungkin rasa lama hidup di dunia, tetapi sedarlah yang ia tidaklah lama. Maka jangan dilebihkan sangat dunia ini. Ia hanya tempat ujian, tempat kita kumpul pahala untuk dibawa ke akhirat yang kekal abadi. Amat rugi kalau dunia yang tidak bernilai ini kita bersungguh-sungguh menjaganya, namun kita tidak menjaga persediaan kita untuk ke akhirat.
#Maka jangan simpan hati dan jiwa kita di dunia ini tetapi anggaplah ia sebagai tempat persinggahan sementara sahaja.
♡Oleh itu, janganlah kita sia-siakan usaha kita pada dunia sahaja. Ia tidak ada apa-apa nilai, malah terlaknat seperti yang diberitahu kepada kita oleh Rasulullah saw. Sekiranya kita tidak mengambil peluang untuk mengumpul ilmu dan pahala, rugilah kita di akhirat kelak!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment