PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Doa Apabila Sakit
عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي يَأْلَمُ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ، ثَلاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ: أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Daripada Abu ‘Abdillah ‘Uthman bin Abi al-‘As RA, beliau mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kesakitan yang dirasainya pada tubuh badannya. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit di tubuhmu dan katakan: ‘بِسْمِ اللَّهِ’ (Dengan nama Allah) sebanyak tiga kali. Kemudian katakan sebanyak tujuh kali: أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ (Aku berlindung dengan keagungan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan apa yang aku rasai).” (HR Muslim No: 2203) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sihat dan sakit adalah anugerah dan ketentuan daripada Allah kepada hambanya. Apabila sakit, kita diperintahkan untuk merawatnya disamping memohon doa penyembuhan sebagai sebahagian daripada ikhtiar.
2. Apabila kita sakit, Islam mengajar agar memohon perlindungan dan kesembuhan kepada Allah sebagai satu cara untuk mendidik hati agar sentiasa bersandar kepada Allah dalam setiap keadaan.
3. Rasulullah SAW mengajarkan cara untuk merawat diri apabila sakit dengan meletakkan tangan di tempat yang sakit dan membaca بِسْمِ اللَّهِ sebanyak tiga kali dan diikuti dengan doa أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ sebanyak 7 kali.
4. Allah yang Maha Berkuasa menyembuhkan. Tiada ubat atau rawatan yang lebih berkesan tanpa izin-Nya.
5. Meruqyah diri sendiri adalah sunnah yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Amalan ini boleh menjadi alternatif dan pelengkap kepada rawatan perubatan moden, dengan tetap meletakkan Allah sebagai penyembuh sebenar.
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
01hb Safar 1447H
26hb Julai 2025
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
No comments:
Post a Comment