SEDEKAH JUMAAT: HARI KE-647 - GAZA MASIH BERDARAH, BANTUAN SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-GAZA-PALESTIN
Jika anda tidak menangis untuk GAZA, maka hati nurani anda perlu rawatan segera. BERSUARA, BOIKOT, BERDOA. Tapi jangan membisu kerana diam itu membantu si penindas (Mufti Ismail Menk, Ulama Zimbabwe dan Penceramah Antarabangsa)
GENG TALAQQI sekali lagi menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama kita merasai denyut kesusahan dan penderitaan yang semakin hari semakin berat ditanggung rakyat Gaza, Palestin.
Saat ini penduduk Gaza terus bergelut dengan sekatan, penindasan, pembunuhan dan kebuluran. Bantuan makanan atau barangan asas tersangatlah diperlukan. Dengan sumbangan yang kita hulurkan ia adalah tanda kasih sayang dan prihatin dari rakyat Malaysia khususnya saudara seagama, juga merupakan amanah dari insan prihatin yang tidak pernah jemu memberi.
Sehingga hari ini, bekalan air bersih semakin sukar untuk didapati dan diperolehi. Manakala untuk bekalan makanan, situasi semakin mencabar dan sebahagian besar berada dalam suasana kebuluran.
Bayangkan seguni tepung kini mencecah sehingga 200 shekal (lebih daripada RM250). Satu angka yang tidak masuk akal tetapi inilah realiti hidup di Gaza saat ini. Ibu-ibu tidak dapat menyusukan anak kerana sudah kekeringan susu di badan. Tidak ada air. Tidak ada makanan. Tidak ada apa-apa untuk dimakan😭😭😭.
Sesiapa yang berdiam diri ketika menyaksikan kezaliman, maka dia adalah rakan sejenayah. Palestin bukan sekadar tanah, ia adalah amanah Islam dan kemanusiaan ke atas kita semua (Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi)
Oleh itu,kami menyeru kepada semua, ayuh bangkit bersama Geng Talaqqi. Jangan biar derita ini disenyapkan. Jangan biar Gaza berlapar dalam sunyi.
Setiap ringgit anda, adalah secubit kenyang buat mereka. Setiap infaq anda, adalah cahaya dalam gelita.
Sama-samalah kita berdoa disamping menghulurkan bantuan sumbangan untuk saudara kita di bumi Palestin.
"..Ya Allah, Inilah Jihadku untuk AgamaMu Ya Rabb.."
==========
Salurkan Sumbangan dengan klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-GAZA-PALESTIN
Atau terus ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank56299101_9074
*Cimb86047707_81
*Remark: Tabung Gaza Palestin
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/Tabung Gaza Palestin
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/Tabung Gaza Palestin
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/Tabung Gaza Palestin
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/Tabung Gaza Palestin
ANDA HULUR, KAMI SALUR


No comments:
Post a Comment