Thursday, 31 October 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Akhir 1446H☆


فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّی لَاۤ أُضِیعُ عَمَلَ عَـٰمِلࣲ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰۖ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضࣲۖ فَٱلَّذِینَ هَاجَرُوا۟ وَأُخۡرِجُوا۟ مِن دِیَـٰرِهِمۡ وَأُوذُوا۟ فِی سَبِیلِی وَقَـٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا۟ لَأُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَیِّـَٔاتِهِمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ ثَوَابࣰا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلثَّوَابِ 


"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Āali-ʿImrān 195]


#Segala amal kebaikan yang kita lakukan di dunia tidak akan sia-sia. Allah swt akan balas, tidak kira samada lelaki atau perempuan. Ini menunjukkan persamaan taraf antara lelaki dan wanita. Sama-sama mudah untuk mendapatkan pahala. Islam tidak bezakan amal lelaki dan wanita. Ingatlah yang Allah swt Tuhan Maha Adil. Sesiapa sahaja ada peluang untuk mendapatkan pahala, asalkan mereka mahu berusaha. Lelaki dengan cara lelaki, perempuan dengan cara perempuan. Yang kaya dengan cara kaya dan yang miskin dengan cara miskinnya. Kita cuma perlu dapatkan ilmu sebanyak mungkin supaya kita tahu apakah yang patut kita lakukan diterima Allah, dan bagaimana melakukannya dengan cara terbaik.


#Lihatlah keberanian luar biasa yang dipamerkan Muslimah Palestin. Di wilayah Sheikh Jarrah, pengusiran dan rampasan kediaman rakyat Palestin telah dilakukan dan Muslimah di sana turut lantang dan sentiasa bersedia menjadi benteng hadapan untuk mempertahankan kediaman dan tanah yang sememangnya adalah hak milik mereka sejak berketurunan lamanya. Sebuah portal akhbar dalam talian ‘Middle East Eye’ telah mengangkat nama Muslimah Palestin antaranya, Muna al-Kurd, Salwa Skafi dan Nuha Atieh sebagai lambang kecekalan wanita Sheikh Jarrah yang tidak akan berganjak daripada melindungi tempat tinggal mereka.


#Keberanian dan kecekalan turut dizahirkan oleh seorang warga emas iaitu Dawlat Abdullah Al-Tanani, 66 tahun yang tidak mahu berganjak keluar dari kediamannya sehingga menyebabkan tentera Zionis Yahudi melepaskan seekor anjing dan mengigit beliau ketika tidur di atas katil. Beliau telah diheret dan ditarik sehingga ke pintu masuk. Kejadian tersebut telah menyebabkan kecederaan parah dan tiada sebarang rawatan yang diterima oleh beliau.


#Selain itu, terdapat ramai Muslimah dari pelbagai peringkat usia berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran walaupun berada di dalam penjara Israel. Contohnya, tahanan Abeer al-Kadhi, 46 tahun yang merawat keperitan hidup sepanjang berada di penjara dengan berdamping dengan al-Quran. Beliau telah menghafal al-Quran dalam tempoh 11 bulan sahaja walaupun ketika itu beliau menghidap penyakit kritikal dan ditekan oleh rejim Zionis dengan cara memindahkan beliau dari satu penjara ke penjara yang lain. Tidak ketinggalan seorang warga emas berumur 86 tahun iaitu Fatima Thabit yang menghafal keseluruhan al-Quran dan diberi penghormatan oleh Kementerian Wakaf Palestin sebagai Hafizah Tertua di Gaza.


#Kisah ibu yang melahirkan anak tanpa ubat bius ketika dibedah turut diperhatikan. Wanita Palestin yang hamil terpaksa menjalani pembedahan dalam suasana hospital yang sesak dan kurang bersih. Bahkan ada yang terpaksa dibedah di bawah runtuhan bangunan.



Apa yang lebih menyayat hati, setelah melahirkan anak melalui pembedahan mereka terpaksa pulang dengan menuruni tangga dan kembali menghadap keadaan yang tidak aman di kem pelarian.


#Mereka juga tetap istiqamah melaksanakan ibadah dan semua kewajipan agama yang diperintahkan Allah swt dengan sebaiknya walaupun berada dalam suasana peperangan dan tidak tenteram. Allahuakbar!! 


♡Allah swt tidak membezakan pahala dalam beramal samada wanita atau lelaki. Semuanya dikurniakan ganjaran pahala dan syurga asalkan mahu beramal, berdakwah, berjihad dan berjuang di jalan Allah swt♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah







Wednesday, 30 October 2024

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir


أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى وَاصْطَحَبَ هُوَ وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي كَبْشَةَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا


Abu Burdah bin Abu Musa bahwa ia menemani Yazid bin Abu Kasyabah dalam suatu perjalanan, dan pada waktu itu Yazid sedang berpuasa. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya berkali-kali mendengar Abu Musa berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba sakit atau dalam menempuh perjalanan, maka dicatat baginya pahala kebaikan sebagaimana ketika ia bermukim dan dalam keadaan sihat." (HR Bukhari No: 2774) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika  kita sihat dan bermukim 


2.  Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal solleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)


3.  Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya  amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.


Marilah kita laksanakan amal solleh semasa kita sihat dan tidak kemana-mana. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir


#BangunkanJiwaMerdeka

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

#PalestinMerdeka


28hb Rabiul Akhir 1446H

31hb Oktober 2024


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram






 ☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Akhir 1446H☆


لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا


"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik" [Surah al-Maidah 82]


#Permusuhan mereka iaitu Yahudi dan musyrikin teramat besar terhadap Islam dan umatnya sehingga sampai ke tahap mereka berusaha untuk membunuh umat Islam. 


#Sejarah menceritakan pada kita bagaimana mereka cuba untuk membunuh Rasulullah saw dan juga mereka berjaya membunuh sahabat-sahabat nabi saw. Jom kita telusuri beberapa kejahatan mereka terhadap sahabat nabi saw. 


#Ibn Sa’ad dan al-Hakim dengan sanadnya yang sahih meriwayatkan daripada Ibn Syihab bahawa Sayidina Abu Bakar dan al-Harith memakan daging kecil yang dihiris-hiris, yang dituangkan air di atasnya, yang dihadiahkan kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Al-Harith berkata kepada Sayidina Abu Bakar: "Wahai Khalifah Rasulullah saw, angkatlah tanganmu kerana sesungguhnya di dalamnya ada racun. Sesungguhnya engkau dan aku akan mati pada hari yang sama". Beliau kemudian mengangkat tangannya. Dan keduanya sakit hingga akhirnya mereka mati pada hari yang sama di akhir tahun. (Lihat: Tarikh al-Khulafa’)


#Diceritakan bahawa ketika Sayidina Umar bin al-Khattab r.a sedang meluruskan saf solat kaum Muslimin seperti kebiasaannya setiap hari untuk mendirikan solat Subuh, dan apabila hendak bertakbir untuk solat, seorang lelaki bernama Abu Lu’lu’ah al-Majusi datang dengan sebilah belati beracun lalu menikamnya beberapa kali, memutuskan ususnya, dan dengan sebab itu beliau jatuh rebah tidak sedarkan diri. Para sahabat yang berada di situ cuba untuk menangkap Abu Lu’lu’ah, tetapi dia membunuh sebahagian daripada mereka, dan salah seorang daripada mereka datang kepadanya dari arah belakang lalu melemparkan jubah kepadanya dan menjatuhkannya. Maka Abu Lu’lu’ah menikam dirinya sendiri dengan belati yang sama yang membunuh Sayidina Umar dan dia meninggal dunia di tempat kejadian. Setelah itu, para sahabat membawa Sayidina Umar yang masih tidak sedarkan diri ke rumahnya. Apabila beliau sedar, lantas beliau bertanya kepada mereka berkenaan pelaksanaan solat Subuh dan kemudian barulah beliau bertanya tentang pembunuhnya, dan mereka menjawab: “Abu Lu’lu’ah”. Terdapat beberapa riwayat berkenaan tarikh kewafatannya. Ada yang berpendapat, kejadian itu berlaku yakni beliau ditikam pada hari Rabu bersamaan 26 Zulhijjah. Ada juga yang berpendapat, beliau ditikam pada 27 Zulhijjah dan hidup selepas kejadian itu selama tujuh hari, dan ada yang berpendapat selama tiga hari. (Lihat: Syahid al-Mihrab al-Faruq Umar bin al-Khattab r.a oleh ‘Abd al-Salam bin Muhsin)


#Pada hari terakhir pengepungan, sebelum dibunuh, Sayidina Uthman r.a tertidur. Pada waktu pagi, dia menyebut: “Sesungguhnya pemberontak ini akan membunuhku”. Kemudian beliau berkata lagi: “Dalam tidurku, aku bermimpi melihat Nabi saw. Baginda ditemani oleh Abu Bakar dan Umar r.huma. Baginda saw berkata: ‘Wahai Uthman, berbukalah bersama kami'. Oleh sebab itulah, pada waktu pagi harinya Sayidina Uthman berpuasa, dan pada hari itu juga beliau dibunuh. (Lihat: al-Tabaqat)


#Sayidina Uthman meninggal dunia (dibunuh) pada 8 Zulhijjah tahun 35 Hijrah menurut pendapat yang masyhur (Lihat: al-Bidayah wan Nihayah) 


♡Yahudi dan musyrikin sangat kuat memusuhi Islam. Mereka sepatutnya diperangi bukannya dijadikan sahabat dan rakan kongsi. Malangnya masih ada pemimpin kaum Muslimin yang membuat perjanjian dan mengambil mereka sebagai wali (pemimpin, pelindung, penolong, pembantu) dan orang kepercayaan. Masih ada pemimpin umat Islam yang berbaik dan berjabat tangan dengan golongan terlaknat ini dan menolong mereka membunuh saudara-saudara seIslam kita di Palestin. Insafilah!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah






Tuesday, 29 October 2024

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Bertawakal Umpama Burung


عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا


Daripada Umar bin Al-Khaththab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jika sekiranya kamu bersungguh-sungguh bertawakal kepada Allah, nescaya Allah memberi rezeki kepada kamu seperti rezeki seekor burung yang keluar di waktu pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu petang dengan perut terisi penuh kenyang." (HR Tirmidzi No: 2266) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap Muslim diperintahkan agar bertawakal iaitu menyerahkan segala urusan kepada Allah dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu selepas usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh.


2.  Bertawakal dengan menyerahkan semata-mata kepada Allah tanpa usaha dan ikhtiar adalah menyalahi pengajaran daripada hadis ini.


3.  Jadilah seperti burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan perutnya kosong namun berusaha mencari makanan dan akan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut yang penuh dengan makanan.


4.  Muslim yang berusaha mencari rezeki dan bertawakal bersungguh-sungguh, nescaya dia tetap akan memperoleh rezeki seperti burung.


5.  Muslim tidak boleh menganggur dan berpeluk tubuh tanpa usaha dan ikhtiar. Contohilah burung yang keluar dari sarang mencari makanan kerana rezeki itu mengikut sebab dan musabab.


6.  Tawakal akan menimbulkan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam menghadapi sebarang perkara. Bertawakal dengan penuh yakin bahawa kejayaan dan kegagalan bukanlah hak mutlak manusia.


#BangunkanJiwaMerdeka

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

#PalestinMerdeka


27hb Rabiul Akhir 1446H

30hb Oktober 2024


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram




 ☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Akhir 1446H☆


قُلۡ فَلِمَ تَقۡتُلُونَ أَنۢبِیَاۤءَ ٱللَّهِ مِن قَبۡلُ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?" [Surah al-Baqarah 91]


#Al-Quran menjelaskan kejahatan puak Yahudi suka membunuh orang termasuk membunuh para nabi. Sejarah juga menjelaskan bahawa kaum Yahudi telah membunuh ramai nabi. 


#Ramai para nabi terdiri daripada keturunan bani Israel. Bertitik tolak dari itu, kaum Israel mempercayai bahawa keturunan mereka mulia. Namun, mereka lupa bahawa kaum mereka juga telah banyak membunuh nabi-nabi pada suatu ketika dahulu. Oleh itu, tidak hairanlah sehingga ke hari ini mereka berlanjutan membunuh rakyat Palestin setelah merampas tanah mereka.


#Jahatnya mereka sehingga membunuh nabi-nabi. Orang lain, setakat tidak beriman dengan nabi sahaja. Tetapi Bani Israel, bukan setakat tidak mengikut nabi, malah membunuh. Contoh nabi yang dibunuh ialah Nabi Yahya dan Nabi Zakaria.


#Walaupun Kerajaan Rom yang membunuh Nabi Zakaria, tetapi kerenahnya datang daripada Bani Israel. Mereka berpakat dengan kerajaan untuk menangkap Nabi Zakaria di Palestin. Baginda berlari menyelamatkan diri. Terdapat sepohon pokok yang terbuka, lalu baginda masuk bersembunyi di dalamnya. Orang ramai mencarinya tetapi tidak berjumpa. Syaitan datang menyamar sebagai manusia dan memberitahu tempat persembunyian nabi Zakaria. Kata syaitan, jika mereka tidak percaya, cuba digergaji pokok tersebut. Akhirnya, pokok itu digergaji dan baginda pun mati.


#Nabi Yahya pula dibunuh oleh King Herod. Raja tersebut tergila-gilakan anak tirinya sendiri yang bernama Salome. Baginda melarangnya sebab dia telah tidur dengan isterinya. Melainkan kalau dia belum tidur dengan isterinya, maka boleh mengambil anak tirinya sebagai isteri. Tetapi kalau sudah tidur dengan isteri, maka haramlah hukumnya mengahwini anak tiri.


#Akibat melarang, baginda ditangkap. Anak tirinya meletakkan syarat iaitu mas kahwin mestilah kepala Nabi Yahya. Akhirnya, baginda dibunuh dengan kepalanya dipancung. Tubuhnya diletakkan di dalam pokok dan kepalanya sebagai hantaran kahwin. Oleh sebab itu, kuburnya ada dua, satu di Damascus (Damsyik) dan satu lagi di Palestin. 


#Masalah-masalah yang berlaku di dunia kebanyakannya berpunca daripada Bani Israel. Mereka muncul dalam bentuk Jewish atau Zionis Antarabangsa. Bukan semua orang Israel jahat. Ada yang baik sehingga tetap akan membayar hutang walaupun jumlahnya kecil. Tetapi, masalah besar hari ini ialah Yahudi yang jahat. Contohnya mereka merampas tanah Palestin dan membunuh rakyat Palestin serta menghuru-harakan dunia dengan isu peperangan dan penjajahan era baru. 


♡Jahatnya bani Israel, pembunuh para Nabi dan Rasul serta orang-orang yang beriman!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah






Monday, 28 October 2024

 


Pemimpin Menghayati Kesusahan Rakyat

===========

1. Sifat Rasulullah yang selalu menghayati kesusahan rakyat telah dipraktikkan oleh Saidina Umar sendiri. Menurut Saidina Anas bin Malik, ketika zaman pemerintahan Saidina Umar, harga barangan telah naik mendadak sehingga Umar sendiri membeli roti yang biasa dibeli oleh rakyat bagi menghayati kesusahan mereka. Kata Anas:


غلا الطعام على عهد عمرَ بنِ الخطاب، فأكل عمر خبز الشعير، وكان قبل ذلك لا يأكله، فاستنكره بطنُه فصوَّت، فضربه بيده وقال: هو والله كما ترى؛ يوسع الله على المسلمين


“Harga barang telah menjadi mahal ketika zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab. Lalu Umar hanya memakan roti yang diperbuat dari gandum gred rendah. Sebelum itu beliau tidak pernah makan makanan sedemikian sehingga menyebabkan perutnya sendiri berbunyi, lalu dia memukul perutnya dengan tangannya dan berkata: Demi Allah, ini semua adalah seperti yang kamu lihat, mudah-mudahan Allah melapangkan urusan kaum muslimin. (al-Tartushi, Siraj al-Muluk).


2. Perhatikan bagaimana sikap Rasulullah dan para pemimpin Muslim terdahulu menghayati kesusahan rakyat. Mereka tahu harga barangan naik lalu mereka sendiri mengubah aspek kehidupan mereka. Mereka tidak bermewahan bahkan mengurangkan perbelanjaan yang boleh membantu rakyat.


3. Mereka sendiri membantu rakyat yang memerlukan. Saidina Umar dikatakan akan pergi ke persisiran luar (perkampungan luar) dan memerhatikan andai ada golongan pekerja yang melakukan kerja yang berat agar beliau boleh memudahkan kerja tersebut. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Malik yang menyebutkan:


أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ يَذْهَبُ إِلَى الْعَوَالِي كُلَّ يَوْمِ سَبْتٍ. فَإِذَا وَجَدَ عَبْداً فِي عَمَلٍ لاَ يُطِيقُهُ، وَضَعَ عَنْهُ مِنْهُ


“Sesungguhnya Umar bin al-Khattab akan pergi ke perkampungan luar Madinah pada setiap hari Sabtu. Beliau akan memerhatikan sekiranya ada hamba yang bekerja lebih dari kemampuannya, maka Umar akan mengurangkan bebanan kerja tersebut.” (al-Muwatta, no: 3594)


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi




  PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Apabila Sakit  عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّهُ...