Sunday, 16 February 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 18 Syaaban 1446H☆


یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ 


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Āli-ʿImrān 200]


#Sabar ertinya tahan menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar atas mengerjakan taat kepada Allah swt, menjauhi segala maksiat yang dilarangNya dan sabar atas segala takdirNya. Tetapi di antara sifat sabar itu, terdapat sifat sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama, lebih utama dari sabar atas segala takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan. 


#Para ulamak dahulu sangat istiqamah dalam melakukan ketaatan. Hatta saat mereka diuji dengan kesakitan, sama sekali tidak melunturkan semangat mereka dalam menuntut ilmu dan beribadah. 


#Imam as-Syaukani rahimahullah ketika menceritakan berkenaan Imam Najmuddin Ibn Al-Rif’ah as-Syafi’e rahimahullah, beliau berkata:


عرض لَهُ وجع المفاصل بِحَيْثُ كَانَ الثَّوْب إِذا لمس جسده ألمه وَمَعَ ذَلِك فَلَا يَخْلُو من كتاب مَعَه ينظر إِلَيْهِ وَرُبمَا انكب على وَجهه وَهُوَ يطالع


"Beliau (Ibn Al-Rif’ah) ditimpa penyakit pada sendi-sendi tubuhnya. Dari sudut, jika baju menyentuh badannya ia akan menyebabkan dirinya berasa sakit. Dalam keadaan sebegitu, beliau sama sekali tidak lekang dengan kitab bersamanya, yang dia melihat ke arahnya dengan teliti. Kadangkala, beliau menyungkur di atas mukanya dalam keadaan dia mentelaah kitab" (Lihat: Al-Badr Al-Tali') 


#Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: "Pernah kami dapati ada lelaki yang dipapah oleh dua lelaki sehingga didirikan pada saf dek kerana sakit". Tetapi dia tetap pergi menunaikan solat berjemaah, sekalipun dalam keadaan sakit dan uzur.


#Begitulah ketika kaki kita terasa sakit disebabkan berdiri terlalu lama semasa solat tarawih sebanyak 20 rakaat, atau imam yang membaca satu malam 1 juzuk atau imam memanjangkan bacaan doa qunut, maka bersabarlah pada ketika itu. Ini kerana, ada orang lain yang dalam masa sama berdiri lama di jalan maksiat bahkan mereka boleh bertahan bagi mendapatkan kemahuan duniawi dan langsung tiada pahala atas berdiri itu.


#Maka, mari kita belajar dari ucapan Abu al-Haitham kepada Imam Ahmad bin Hanbal:


مكتوب في ديوان أمير المؤمنين أني ضربت ثمانية عشر ألف سوط بالتفاريق، وصبرت في ذلك على طاعة الشيطان لأجل الدنيا، فاصبر أنت في طاعة الرحمن 

لأجل الدين


"Telah tertulis di dalam dewan Amirul Mu’minin bahawa aku ini telah dipukul sebanyak 18,000 kali sebatan secara berasingan, dan aku bersabar padanya (pukulan tersebut) atas ketaatan kepada syaitan semata-mata kerana (habuan) dunia. Maka bersabarlah kamu dalam ketaatan kepada ar-Rahman, untuk agama" (Lihat: Sifat al-Sofwah, Ibn al-Jauzi)


♡Insaflah, kita tatkala sakit hanya sedikit mulalah meninggalkan majlis ilmu, solat berjemaah dan kerja kebajikan. Bersabarlah atas segala ujian, demi amal ketaatan dan menunaikan perintah Ilahi. Bersabarlah!!♡


🐊Ust Naim

*Whatsapp Channel*

Klik link untuk join :

https://bit.ly/tadabburrkalamullah


*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...