Wednesday, 19 February 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 21 Syaaban 1446H☆


وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُۥۤ ءَاتَیۡنَـٰهُ حُكۡمࣰا وَعِلۡمࣰاۚ وَكَذَ ٰ⁠لِكَ نَجۡزِی ٱلۡمُحۡسِنِینَ 


"Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [Surah Yusuf 22]


#Ilmu merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam mengurus kehidupan didunia ini. Para Nabi dan Rasul juga merupakan ahli ilmu. Mereka dikurniakan ilmu dan hikmah. 


#Ilmu juga adalah jambatan untuk seseorang itu ke Syurga. Hal ini kerana ilmu merupakan perkara yang penting untuk memastikan seseorang itu beramal dengan benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak, lalu diterima oleh Allah swt.


#Kata pujangga:


وَكُلُّ مَنْ بِغَيْرِ عِلْمٍ يَعْمَلُ, أَعْمَالُهُ مَرْدُودَةٌ لَا تُقْبَلُ


"Setiap siapa beramal tanpa ilmu, segala amalannya ditolak dan tidak diterima" (Lihat: al-Zubad fi Fiqh al-Syafi’i


#Berkata Imam Malik rahimahullah: "Ilmu dan hikmah adalah cahaya yang Allah hidupkan dengannya siapa yang dikehendakinya, bukan dengan banyaknya masalah ilmiah". 


#Oleh itu, bersempena kita memasuki bulan Ramadhan, maka sibukkanlah diri untuk mengulangkaji ilmu dan hukum hakam berkaitan Ramadhan. 


#Antara pesanan as-Syaikh Dr. ‘Abdul ‘Aziz as-Sadhan hafizahullah, hendaklah penuntut ilmu itu berusaha untuk membaca berkenaan setiap peristiwa yang berlaku, kejadian yang terjadi, atau berkenaan musim tertentu, sebelum dia memasukinya. Kata beliau:


فإذا كنا على أبواب رمضان وأردنا معرفة وترسيخ أحكام الصيام في أذهاننا فعلينا أن نتفرغ قبل رمضان بمدة، أسبوع أو أسبوعين أو شهر، كل حسب طاقته لنقرأ عن الصيام ونحضر محاضرات الصيام وحلق العلم المتعلقة بالصيام ونقرأ فتاوى الصيام ونسمع الأشرطة المتعلقة بالصيام 


"Sekiranya kita menghampiri pintu-pintu Ramadhan, dan kita ingin mengetahui dan mengukuhkan hukum-hakam puasa dalam fikiran kita, maka hendaklah kita melapangkan tempoh masa sebelum Ramadhan, sama ada seminggu, dua minggu, atau sebulan, semuanya bergantung kepada tahap kemampuan, untuk kita membaca berkenaan puasa, menghadiri ceramah-ceramah puasa, duduk di dalam halaqah-halaqah yang berkaitan dengan puasa, membaca fatwa-fatwa puasa, serta mendengar kaset-kaset yang berkaitan dengan puasa…" (Lihat: Ma’alim fi Tariq Talab Al-Ilm) 


♡Jom tambah ilmu berkaitan Ramadhan, moga kita memasuki Ramadhan dengan ilmu penuh didada dan beramal berdasarkan ilmu yang benar♡


🐊Ust Naim

*Whatsapp Channel*

Klik link untuk join :

https://bit.ly/tadabburrkalamullah


*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...