Tuesday, 15 April 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 17 Syawwal 1446H☆


وَلَا تَنفَعُ ٱلشَّفَـٰعَةُ عِندَهُۥۤ إِلَّا لِمَنۡ أَذِنَ لَهُۥۚ 


"Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah..." [Surah Sabaʾ 23]


#Syafaat perlu minta daripada siapa sebenarnya? Adakah minta daripada Rasulullah saw?. Jawapannya, tidak! Syafaat perlu minta kepada Allah swt. Ini kerana tanpa keizinan Allah swt, tiada siapa yang layak beroleh syafaat. 


#Bagi sesiapa yang inginkan syafaat, bukannya minta daripada Nabi saw tetapi kena mengamalkan apa yang diperintahkan Nabi saw. 


#Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash r.a, bahawa Nabi saw bersaba:


إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ


"Apabila kamu semua mendengar muazzin (melaungkan azan), maka jawablah sama seperti laungannya, setelah itu berselawatlah kepadaku…” 


#Iaitulah selepas muazzin melaungkan azan, kita disuruh berselawat ke atas Nabi saw. 

Ini bermakna sebaik sahaja muazzin melaungkan di hujung azannya لا إله إلا الله, kita pun jawab لا إله إلا الله, selepas itu kita berselawat terlebih dahulu. Antara lafaz selawat ialah اللهم صل على محمد ataupun صلى الله عليه وسلم, atau dengan lafaz-lafaz selawat yang lain. 


#Kemudian Nabi saw bersabda: 

“kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atas aku dengan satu selawat, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali selawat..” 


#Di sini dinyatakan siapa yang berselawat ke atas Nabi, Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali selawat. Maknanya Allah bukan hanya berselawat ke atas Nabi saw sahaja, bahkan Allah swt juga berselawat ke atas orang lain selain Nabi Muhammad saw. Hadis ini menyebut sedemikian. 


#Apa maksud Allah berselawat ke atas Nabi saw? Maksudnya Allah menambahkan kemuliaan, menaikkan kedudukan, berterusan mengurniakan anugerah dan kelebihan kepada Nabi saw. Inilah antara maksud Allah berselawat ke atas Nabi saw. Kita berselawat ke atas Nabi, maksudnya kita meminta kepada Allah supaya berselawat ke atas Nabi, iaitulah kita minta supaya Allah menambahkan lagi kemuliaan, meninggikan lagi kedudukan Nabi. Inilah maksud kita berselawat ke atas Nabi. 


#Kemudian Nabi saw bersabda:

"..kemudian.." yakni setelah berselawat.. "pohonlah kepada Allah untuk mengurniakan kepadaku al-Wasilah" iaitu pada sebutan kita dalam doa azan: آت محمدا الوَسِيْلَة, al-Wasilah yang ini. 


#Kata Nabi lagi: "kerana sesungguhnya al-Wasilah itu adalah satu kedudukan di dalam syurga yang tidak layak melainkan untuk seorang hamba dari kalangan hamba Allah, dan aku berharapkan hamba itu (yang dikurniakan al-Wasilah) adalah aku, maka sesiapa yang memohon al-Wasilah untukku, dia layak mendapat syafaatku" (HR Muslim)


#Hadis ini menerangkan bahawa sesiapa yang ingin mendapat syafaat Nabi saw, salah satu caranya ialah dengan amalan menjawab seruan azan, setelah itu berselawat ke atas baginda saw dan akhirnya membaca doa azan.


#Menurut Imam an-Nawawi, hadis ini menunjukkan sunat berselawat ke atas Nabi saw selepas daripada selesai menjawab azan. Di samping itu juga, sunat seseorang itu berdoa atau memohon wasilah kepada Nabi saw. Selain itu, sunat juga bagi orang yang mendengar azan untuk menjawab setiap daripada perkataan-perkataan muazzin itu selepas daripada muazzin selesai menyebutnya dan dengan tidak menunggu lama untuk menjawabnya. (Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim) 


♡Amalkanlah sunnah Nabi berkaitan dengan kaedah jawab azan ini, InsyaAllah akan beroleh syafaat Nabi saw. Jom amalkan♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...