Monday, 28 April 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 30 Syawwal 1446H☆


تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ


"Jalan para malaikat naik mengadap Tuhan dalam sehari seperti lima puluh ribu tahun bagi orang yang berdosa kerana banyak hintungan hisab" [Surah al-Ma’arij 4] 


#Di dalam ayat ini, disebutkan secara zahirnya sehari perjalanan para malaikat di alam yang lain bersamaan dengan 50 ribu tahun tempoh masa di dunia.


#Dalam menghuraikan ayat ini, Dr. Ali Jum’ah menyebutkan bagi memudahkan pemahaman dan pengiraan bahawa dibahagikan 50 ribu tahun kepada 24 jam (sehari), maka satu jam di alam yang lain tersebut bersamaan lebih kurang 2083 tahun. Kemudian dibahagikan 2083 kepada 60 minit (satu jam), satu minit bersamaan lebih kurang 35 tahun. Oleh yang demikan, disimpulkan satu minit di alam yang lain itu bersamaan lebih kurang 35 tahun tempoh masa di dunia ini.


#Imam at-Tabari rahimahullah menyebutkan hal ini dalam tafsirnya bahawa:


يَقُولُ: كَانَ مِقْدَارُ صُعُودِهِمْ ذَلِكَ فِي يَوْمٍ لِغَيْرِهِمْ مِنَ الْخَلْقِ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، وَذَلِكَ أَنَّهَا تَصْعَدُ مِنْ مُنْتَهَى أَمْرِهِ مِنْ أَسْفَلِ الْأَرْضِ السَّابِعَةِ إِلَى مُنْتَهَى أَمْرِهِ مِنْ فَوْقِ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ. وَبِنَحْوِ الَّذِي قُلْنَا فِي ذَلِكَ قَالَ أَهْلُ التَّأْوِيلِ


"Disebutkan bahawa kadar tempoh masa naik para malaikat tersebut ialah sehari yang bagi makhluk-makhluk selain mereka dengan 50 ribu tahun. Hal ini kerana para malaikat naik daripada penghujung tempat yang paling rendah di bawah tujuh petala bumi sehingga pengakhirannya di atas tujuh petala langit. Tafsiran yang kami sebutkan ini juga disebutkan para ulamak tafsir yang lain.(Lihat: Tafsir at-Tabari)


#Apa yang dapat difahami daripada penerangan di atas, kerangka masa kehidupan di alam barzakh tidak sama dengan kehidupan di dunia. Oleh itu, bagi orang mukmin kehidupan di alam barzakh merupakan kerehatan baginya sebelum menunggu hari kebangkitan. Manakala bagi orang yang tidak beriman pula, ia merupakan azab yang didahulukan untuk mereka sebelum azab yang kekal di hari Akhirat kelak.


#Diriwayatkan dalam satu hadis daripada Sayidina Abu Qatadah r.a ketika dia bersama Rasulullah saw melintasi satu jenazah. Sabda Rasulullah saw:


مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا المُسْتَرِيحُ وَالمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ: «العَبْدُ المُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ، وَالعَبْدُ الفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ العِبَادُ وَالبِلاَدُ، وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ


"Dia sedang berehat dan yang lain berehat daripadanya. Mereka (para sahabat r.hum) bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan ‘Dia sedang berehat dan yang lain berehat daripadanya’? Rasulullah saw bersabda: Seorang hamba yang beriman berehat daripada kesusahan dunia dan keperitan serta kembali kepada rahmat Allah swt. Manakala bagi hamba yang kafir pula maka semua manusia, negara, pokok dan haiwan berehat daripada kejahatan yang dilakukan olehNya" (HR al-Bukhari)


♡Ketahuilah, sesungguhnya terdapat perbezaan dari sudut kerangka zaman dan masa di antara alam dunia dan alam barzakh/alam akhirat. Justeru apabila roh seseorang itu keluar daripada alam dunia dan pergi ke alam barzakh, maka dia terkeluar daripada kerangka perkiraan tempoh masa di dunia ini. Oleh itu, marilah kita mengambil peluang kehidupan sementara di dunia ini untuk memperbanyakkan amalan soleh dan menghindarkan diri daripada kemaksiatan kepada Allah. Moga kita Selamat daripada sebarang azab dan kesengsaraan. Aamiiin♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...